24 Mac 2009

RAHSIA HIJRAH (Rahsia Bulan-Bulan Islam serta Pengertiannya)

Jika ditinjau 12 bulan-bulan Islam seperti yang telah dinyatakan maksudnya dari Firman Allah S.W.T melalui Surah At-Taubah ayat 36 adalah seperti berikut :

1. Muharram : ertinya yang diharamkan atau dipantangkan kerana dalam bulan ini dilarang menumpahkan
darah.Larangan ini berjalan terus sampai datangnya permulaan Islam yang telah memansuhkannya.


2. Safar : ertinya kosong atau kuning. Dalam bulan ini semua lelaki berbangsa Arab keluar meninggalkan rumah sama ada berperang, berniaga,mengembara atau sebagainya.


3. Rabi’ul Awal : Rabi’ ertinya menetap.Awal ertinya pertama. Dalam bulan ini semua lelaki yang tadinya keluar meninggalkan rumah sudah kembali berada di rumah masing-masing.


4. Rabi’ul Akhir : Rabi’ ertinya menetap.Akhir ertinya penghabisan.Bulan ini bermaksud berakhirnya semua orang lelaki untuk berada bersama-sama keluarga di rumah masing-masing.


5. Jumadil Awal : ertinya kering atau beku.Dalam bulan ini orang Arab dahulu telah mengalami kekeringan air atau air menjadi beku.Parit, sungai dan lembah menjadi kering.


6. Jumadil Akhir : ertinya penghabisan atau beku penghabisan.Mereka telah mengalami kekeringan air untuk kali yang terakhir.


7. Rejab : ertinya mulia. Bangsa Arab dahulu telah memuliakan bulan ini dengan empat cara :


7.1 Pada 1 Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai korban.


7.2 Pada 1 Rejab juga mereka akan membuka pintu kaabah pada sebelah siang dan malam agar mereka dapat beribadah dengan sepuasnya.


7.3 10 Rejab mereka kembali menyembelih seekor unta sebagai korban tetapi bukan anak unta.


7.4 Diharamkan berperang.


8. Syaaban : ertinya berserak-serak. Dalam bulan ini orang-orang Arab zaman dahulu berserak-serak ke lembah-lembah mencari air disebabkan kekeringan air.Dinamakan juga berserak-serak untuk mencari kebajikan.


9. Ramadan : ertinya panas terik atau terbakar. Cuaca pada bulan ini di Jazirah Arab sangat panas terik seolah-olah api yang sedang membakar.


10. Syawal : ertinya naik. Pada bulan ini bila orang Arab hendak naik unta dipukulnya belakang unta lalu ekornya naik.


11. Zulqa’idah : Zul ertinya empunya Qai’dah ertinya duduk.Bulan ini semua lelaki tinggal di rumah tidak ada yang bermusafir atau keluar mengembara.


12. Zulhijjah : Zul ertinya empunya Hijjah ertinya Haji. Dalam bulan ini seluruh umat Islam mengerjakan haji.

10 Mac 2009

Petua Kusyuk Solat


Menjaga makan & minum : memastikan ianya datang dari sumber yang bersih lagi halal serta berusaha menjauhi makanan yang syubhat.

Perbanyakkan sedekah terutama pada fakir dan miskin.

Jangan menahan buang air besar dan kecil: bereskan dahulu hajat tersebut.

Wuduk hendaklah sempurna ; air merata pada semua anggota wuduk.

Memakai pakaian yang bersih, kemas dan memakai bau-bauan yang diharuskan.

Solat di awal waktu.

Memastikan tempat sujud tidak terdapat gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu.

Perbanyakkan mengingati mati

Anggaplah solat tersebut adalah yang terakhir buatnya.

03 Mac 2009

SIKSAAN MENINGGALKAN SOLAT

SIKSAAN KETIKA DI DUNIA

Allah kurangkan keberkatan umurnya,
Rezekinya disempitkan oleh Allah,
Tidak ada tempat baginya di sisi Islam,
Doanya Allah tolak,
Hilang cahaya iman di wajahnya,
Kebajikan yang dilakukan tidak di nilai oleh Allah.

SIKSAAN KETIKA SAKARATUL MAUT

Menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina,
Mati dalam keadaan kelaparan dan dahaga.

SIKSAAN KETIKA DI DUNIA

Allah kurangkan keberkatan umurnya,
Rezekinya disempitkan oleh Allah,
Tidak ada tempat baginya di sisi Islam,
Doanya Allah tolak,
Hilang cahaya iman di wajahnya,
Kebajikan yang dilakukan tidak di nilai oleh Allah.

SIKSAAN KETIKA SAKARATUL MAUT

Menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina,
Mati dalam keadaan kelaparan dan dahaga.

SIKSAAN KETIKA DI DALAM KUBUR

Allah akanmenyempitkan kuburnya dengan keadaan paling sempit,
Kuburnya akan digelapkan,
Allah akan menyiksanya dengan azab yang maha pedih hingga Hari Kiamat.

SIKSAAN KETIKA DI HARI AKHIRAT

Akan dibelenggu dan diheret ke Padang Mahsyar oleh Malaikat,
Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan,
Allah tidak akanampun dosanya,
Akan diseksa dengan keras di dalam Neraka.

SIKSAAN KETIKA DI DALAM KUBUR

Allah akanmenyempitkan kuburnya dengan keadaan paling sempit,
Kuburnya akan digelapkan,
Allah akan menyiksanya dengan azab yang maha pedih hingga Hari Kiamat.

SIKSAAN KETIKA DI HARI AKHIRAT

Akan dibelenggu dan diheret ke Padang Mahsyar oleh Malaikat,
Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan,
Allah tidak akanampun dosanya,
Akan diseksa dengan keras di dalam Neraka.

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci. Kembalikanlah harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mmengikutinya dalam perkara-perkara kecil.Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain.Kamu semua adalah sama; tidak ada seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang berterusan mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba Mu.