16 April 2009

Kembali kepada Al-Quran

Wahai muslim dan muslimat sekelian...Marilah kita bersama-sama kembali kepada Al-quran yang ditinggalkan oleh Nabi SAW. Marilah kita kembali berpegang kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah SWT untuk panduan umat akhir zaman ini. Tidakkah kita lihat betapa umat masakini masing-masing semakin lupa akan kepentingan Al-quran dalam kehidupan seharian kita?Kita semua sibuk dengan urusan dunia yang hanya melekakan kita dari mengingati Allah,kita sibuk dengan mencari keseronokan dunia yang tidak ada penghujungnya.Tiada ruginya jika kita sentiasa membaca Al-quran, jika kita sentiasa mempelajarinya, jika kita sentiasa mengkajinya dan jika kita sentiasa mengamalkan apa yang terkandung didalam Kitabullah itu...Ingatlah sabda Nabi tentang kepentingan membaca Al-quran yang maksudnya..Hadis Abdullah bin Mas'ud lah.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sangat buruk sekali apabila seseorang daripada kamu mengatakan saya lupa ayat ini, ayat ini, tetapi sebenarnya dia dilupakan. Sentiasalah membaca Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu lebih mudah hilang dari dada manusia berbanding dengan unta yang tercabut tali ikatan dari sendi kakinya (Bangsa Arab biasanya mengikat sendi unta semasa unta duduk supaya unta tersebut tidak lari)Dalam hadis yang lain,baginda juga bersabda tentang kelebihan mengajarkan Al-quran :Hadis Abdullah bin Mas'ud lah.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan tapi dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya (dengan kebenaran) serta mengajarkannya kepada orang lain.Oleh yang demikian wahai insani...marilah kita menyahut seruan Nabi kita..marilah kita kembali kepada Al-quran ...dengan membacanya,mengkaji dan mengamalkannya serta mengajarkannya kepada orang lain..Sekian,salam ukhwah untuk semua.


Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.comhttp://www.ukhwah.com/URL untuk Artikel ini:http://www.ukhwah.com/article.php?sid=2304

15 April 2009

Akhlak Penuntut Ilmu

Sebagai pencari ilmu, samada ilmu keagamaan atau ilmu mengurus dunia, setiap pelajar Islam hendaklah mengetahui adab-adab yang perlu diamalkan untuk menjamin keberkatan Allah dan kecemerlangan di dunia dan akhirat.Antara adab-adab menuntut ilmu ialah :

1.Ikhlas

2.Pengamal akhlak yang baik


3.Menjauhi larangan Allah


4.Menuntut ilmu yang bermanfaat dan menghayati ilmu secara mendalam.


5.Tidak berbalah atau berdebat dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah.


6.Tidak malu bertanya.


7.Jujur dalam menuntut ilmu


8.Minat


9.Bersabar


10.Berani menghadapi kegagalan


11.Berdoa’ dan tawakal


12.Mengamalkan ilmu

13.Sayang dan cinta


14.Tidak cepat putus asa

15.Bertanggungjawab


16.Berpandangan jauh


17.Sifat ingin tahu


18.Rajin bertanya


19.Pemurah


20.Berdisiplin


21.Rajin

22.Hormat

23.Dedikasi

24.Budaya membaca

25.Latihan dan ulangan

26.Berusaha

27.Menghayati Ilmu

28.Pendekatan aktif

29.Mengulang-ulang ilmu

30.Mengkaji ilmu

31.Tidak bertangguh

32.Berkorban

Usrah-Sekadar Renungan

Mungkin ramai yang meminggirkan kegiatan usrah.Pada mereka usrah hanya membuang masa dan tidak banyak yang dapat dihasilkan melalui kegiatan usrah.Mereka lebih suka bersenang-senang dengan keluarga; menonton TV dan berborak-borak kosong.Lebih malang lagi mereka tidak menghiraukan langsung apa yang berlaku disekitar kehidupan mereka.Biarlah dengan gejala keruntuhan akhlaknya berleluasa, bahaya najis dadah,penderitaan saudara Islam di Palestin dan seumpamanya. Yang penting pada mereka ada makan, pakai, duit dan sihat sudah mencukupi.Agak-agaknya mengapakah perkara ini terjadi? Jawapannya cukup mudah kerana HAL KEDUNIAAN NAMPAK MANAKALA HAL AKHIRAT TERHIJAB PADA PANDANGAN.Justeru itu, mereka akan melebihkan hal keduniaan daripada akhirat.Bilakah masa mereka akan tersedar? jawapanya: mereka akan tersedar setelah hijab akan terbuka satu persatu..Bila? iaitu bilamana nyawa mulai tercerai dari badan.Maka Allah akan perlihatkaan mana yang untung dan mana yang rugi. Oleh itu, sebelum terlambat..moh kita hidupkan kembali usrah.Moga-moga Islam terus berkembang mekar di bumi Allah ini.Allah hu Akbar..






Akhlak Pelajar Kepada Allah

Pendahuluan
Setiap muslim yang berakal, wajib beriman dan patuh pada segala perintah Allah S.W.T. Ini adalah merupakan matlamat kita bilamana dicampakkan ke dunia. Justeru itu, tidak ada seorangpun yang terlepas daripada menyatakan tanggungjawab mereka kepada Maha Pencipta.Tambahan pula mereka yang bergelar sebagai seorang pelajar. Ini kerana selaku pelajar yang saban hari menuntut ilmu: sudah tentunya lebih terbuka mindanya dan bertambah imannya.


Beriman Kepada Allah
Beriman kepada Allah bererti mengakui, mempercayai atau meyakini bahawa Allah itu wujud dan bersifat dengan sifat yang baik dan Maha Suci dari segala sifat yang buruk.Sebagai seorang hamba Allah, keyakinan dan iktikad terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah tidak boleh diragukan.Keyakinan ini menjadi tunjang dan asas dalam penghidupan seseorang muslim.

Beribadah Kepada Allah Dalam Konteks Pelajar
Kepentingan ibadah kepada pelajar :
Boleh menyuburkan keimanan seseorang muslim.Iman yang tidak disirami dengan ibadah akan menjadi lesu dan beransur-ansur hilang.
Ibadah dapat membentuk akhlak dan peribadi kerana orang yang beribadah itu sentiasa melatih diri untuk taat kepada perintah Allah serta mencari keredaanNya dalam semua bidang kehidupan.
Dapat mencorakkan hidup seorang muslim mengikut acuan Allah.

Dalam konteks pelajar,terdapat beberapa ibadah yang menjadi satu tatacara akhlak antara pelajar dengan Allah antaranya:

Melalui ibadah khusus
Menjauhi laranganNya
Menuntut ilmu pengetahuan
Melalui amalan seharian
Redha terhadap ketentuan Allah.

Kesimpulan
Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, hubungan baik dengan Allah menjadi perkara pokok dalam kehidupan pelajar. Hubungan baik yang terjalin ini akan membentuk akhlak mahmudah seperti amanah,rajin dan sebagainya dalam diri pelajar itu. Selain itu, mempunyai akhlak pelajar yang baik kepada Allah S.W.T. serta dapat membina jati diri muslim sejati dalam diri seseorang pelajar.