23 Julai 2011

Persediaan Puasa?

Hampir seminggu lagi kita akan menghampiri Ramadhan.Bahangnya kian terasa.Dari segi cuaca, terasa semakin panas.Tekak semakin dahaga.Manakala perut makin kerap minta diisi.Badan pula menjadi lemah lesu, tidak bermaya.

AJK Masjid semakin sibuk dengan perancangannya.Imam semakin berpeluh.Wirid, doa' dan surah pilihan perlu dikhatam segera.Manakala Bilal sudah mula membetulkan segala urat yang bersimpul.Jadual tugasan sudah lama disiapkan.Cuma tunggu masa sahaja untuk ditampal.Begitu juga dengan jadual more.Dan dalam kepala mungkin juga sudah ada berkira-kira untuk bercuti dari tugasan lantaran ingin pulang berhari raya di kampung halaman.

Pasaraya pula usah dicerita.Sambutannya bukan seminggu dua tapi sudah berbulan.Kain rentang sudah berada di tempatnya.Pakain dan peralatan dapur
order lebih banyak daripada biasa.Pekerja dikerah menyusun kemas pada raknya.Tokey sudah mula membayangkan keuntungan yang bakal diraih.Mungkin tahun ini ada ong Besar lebih pada tahun-tahun lepas.

Pak Busu dan Mak Busu, mula mengedarkan
Sample Kuih Raya.Boleh rasa lagi.Tapi jangan lupa tempah.Lagi banyak lagi baik.Macamana Tokey Durian, Tokey Kurma, Tokey kepada segala tokey.Apa khabar bazar Ramadhan? sihat?macamana peniaga?AlhamduLillah semuanya sihat.Undian Gerai pun dah siap.Cuma tunggu masa dan ketikanya sahaja.Tahun ni kami bercadang nak sewa kontena untuk punggah barang ke sana.Cadangan baik tu...

Rancak sungguh persiapan Ramadhan.Meriah dan haru biru jadinya.Tapi persoalannya persiapan tersebut bukan
Ihya Ramadhan dalam bentuk ibadah tapi dalam bentuk memenuhkan kocek dan tekak.Tidak kah kita merasa rugi dengan keadaan tersebut.Atau mungkin kita merasakan eh! tak apa Ramadham setahun sekali.Tahun hadapan ada lagi....