12 Mei 2010

Kosong

Setelah sekian lama terlibat dalam penyediaan bahan untuk pengunjung blog, kini fahamlah sudah betapa sukarnya untuk sentiasa istiqomah dalam update blog.Dalam erti kata lainnya: membina blog mudah tetapi pengisiannya adalah amat sukar.Inilah penyakit yang amat payah untuk diubati.Adakalanya terlintas di hati kecil : kalau payah-payah sangat tutup je blog ni.Pengunjung pun tak marah.Hatipun senang.

Setelah sekian lama merenung sambil berfikir maka jawabannya : tak perlu ditutup laman ini kerana sekurang-kurangnya memberi sedikit imput berguna kepada pengunjung yang sudi membaca dan mengambil ilmu daripadanya.Walaupun saya sedari bahawa hasilnya adalah cukup kerdil dan tidak cukup untuk dipersembahkan kepada khalayak ramai.Oleh yang sedemikian saya gagahi juga untuk menghidupkan pohon yang sudah lama layu dan hampir rebah menyembah bumi ini.

Setelah sekian lama mencatat dan menulis, saya mulai sedar betapa blog ini terlalu banyak kelemahannya berbanding dengan blog yang lain.Kadangkala saya terlalu memikirkan skin berbanding pengisian di dalamnya.Maka terhasillah skin yang sering bertukar bentuk siap dengan hiasan yang umpama lampu lip lap yang sekejap ada dan sekejap tiada.

Setelah sekian lama saya mula terfikir, apakah ilmu yang sepatutnya menjadi keutamaan untuk dipersembahkan buat pengunjung.Ia bermaksud adakah perlu ditetapkan atas bab –bab tertentu ataupun pakai belasah je.Apa yang saya buat setakat ini, tidak ditentukan pembahagian bab-babnya.Adakah dengan cara ini memudahkan pengunjung untuk melayarinya.Sukar sungguh rupa-rupanya.

Setelah sekian lama, adakah saya berjaya mempersembahkan kepada pengunjung dengan catatan melalui gaya bahasa yang mudah dan ringkas serta berjaya menarik minat pengunjung agar berterusan membaca catatan saya hingga ke penghujungnya.Jadi dalam hal ini saya benar-benar memerlukan komen-komen yang membina agar saya dapat mengurangkan kelemahan pada tahap yang paling minima.

2 ulasan:

ansarullah berkata...

Assalamualaikum ust..

Pertamanya ingin mengucapkan tahniah kepada ust krn telah memulakan langkah membuka blog dan berusaha untuk memberi, berkongsi, menasihati, dan juga bersabar dan bertahan kerana ingin terus memberi.

Pada pendapat saya, ianya tergantung pd ust samada untuk menetapkan bab2 atau masa2 tertentu utk ust update blog ust. Cumanya betul seperti yg ust katakan, pengisian sebenarnya yg lebih penting. Melihatkan keadaan umat yang kini dalam zon parah, banyak yang ust boleh sentuh. Dakwah ust lebih meluas lagi dengan adanya blog ust ini. Dan sesungguhnya bermacam jenis manusia yang membaca blog ust ini. Jika kita terlalu mengikut kehendak pembaca,atau mengikut gaya penulis blogger yang lain, nanti kita akan terikat dan merasa berat. Ust boleh tulis aja sepertimana ust nasihatkan kami di sekolah:)yang penting adalh terus memberi, dan memberi. Apapun yg ditulis akhir-akhirnya adalah tujuannya menuju kepada mendekatkan diri pada Allah.

Afwan ust, ini hanya pendapat. Afwan jika ada tersalah mana2 ayat.Sy jg masih bljr dan terus akan belajr, dari sesiapa pun. Doa sy smg Allah memberi saham di atas usaha ust ini.

"Berapa banyak amal yang kecil di mata Allah menjadi besar, dan berapa banyak amal yang besar di mata Allah menjadi kecil, hanya dengan niat yang berbeza"

Melangkah dan terus melangkah ke jalan kebaikan..semoga Allah permudahkan...

Nafizal Osman berkata...

tima kasih atas nasihat