12 Mei 2010

Kosong

Setelah sekian lama terlibat dalam penyediaan bahan untuk pengunjung blog, kini fahamlah sudah betapa sukarnya untuk sentiasa istiqomah dalam update blog.Dalam erti kata lainnya: membina blog mudah tetapi pengisiannya adalah amat sukar.Inilah penyakit yang amat payah untuk diubati.Adakalanya terlintas di hati kecil : kalau payah-payah sangat tutup je blog ni.Pengunjung pun tak marah.Hatipun senang.

Setelah sekian lama merenung sambil berfikir maka jawabannya : tak perlu ditutup laman ini kerana sekurang-kurangnya memberi sedikit imput berguna kepada pengunjung yang sudi membaca dan mengambil ilmu daripadanya.Walaupun saya sedari bahawa hasilnya adalah cukup kerdil dan tidak cukup untuk dipersembahkan kepada khalayak ramai.Oleh yang sedemikian saya gagahi juga untuk menghidupkan pohon yang sudah lama layu dan hampir rebah menyembah bumi ini.

Setelah sekian lama mencatat dan menulis, saya mulai sedar betapa blog ini terlalu banyak kelemahannya berbanding dengan blog yang lain.Kadangkala saya terlalu memikirkan skin berbanding pengisian di dalamnya.Maka terhasillah skin yang sering bertukar bentuk siap dengan hiasan yang umpama lampu lip lap yang sekejap ada dan sekejap tiada.

Setelah sekian lama saya mula terfikir, apakah ilmu yang sepatutnya menjadi keutamaan untuk dipersembahkan buat pengunjung.Ia bermaksud adakah perlu ditetapkan atas bab –bab tertentu ataupun pakai belasah je.Apa yang saya buat setakat ini, tidak ditentukan pembahagian bab-babnya.Adakah dengan cara ini memudahkan pengunjung untuk melayarinya.Sukar sungguh rupa-rupanya.

Setelah sekian lama, adakah saya berjaya mempersembahkan kepada pengunjung dengan catatan melalui gaya bahasa yang mudah dan ringkas serta berjaya menarik minat pengunjung agar berterusan membaca catatan saya hingga ke penghujungnya.Jadi dalam hal ini saya benar-benar memerlukan komen-komen yang membina agar saya dapat mengurangkan kelemahan pada tahap yang paling minima.