11 November 2008

Buat Alumni Ma'ahad SAS

Terima kasih dari ana buat semua.Sesungguhnya segala komen,tunjuk ajar dan segala-gala adalah sesuatu yang amat bernilai buat ana khususnya untuk memperbaiki lagi mutu blog ini agar menjadi penghubung kepada bekas student Ma'ahad SAS maklumlah hendak berjumpa secara bersemuka mungkin suatu benda yang agak mustahil.Ini memandangkan kita sekarang berjauhan dan masing-masing mempunyai tugas yang berbeza dan kesuntukan masa. Jadi, menjadi tanggungjawab ana melaporkan berita semasa agar kita tahu dan jika perlu turun ke gelanggang membantu adik-adik pelajar dalam memburu masa depan agar terus gemilang dalam semua aspek bukan sahaja dalam bab pelajaran bahkan dalam bidang pekerjaan. Insya Allah.Ana juga akan sertakan foto: mengembalikan kenangan silam moga dengan tindakan tersebut menjadikan kita sentiasa rapat dan mesra seolah-olahnya kita masih berada di bumi Ma'ahad SAS yang kita sayangi ini.Untuk itu, ana amat berterima kasih dan mengalu-alukan bagi x Ma'ahad SAS yang menghantar artikel dan bahan bergambar serta foto di dalam Blog ana ini. Sesungguhnya segala jasa baik dan sumbangan itu hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Bermacam-macam idea dan pandangan yang telah ana terima dari x Ma'ahad SAS. Ada yang menghubungi ana melalui talian email dan mengsyorkan agar laman Blog ini menyiarkan Foto beliau bagi mencari calon isteri, mencari kawan-kawan yang terputus hubungan dan tidak kurang juga yang inginkan foto guru dan ustaz/ustazah tertentu.Bila ditanya untuk apa? katanya sebagai simpanan peribadi.Ana rasa perlu diperjelaskan di sini bahawa tujuan Blog ini diwujudkan adalah untuk:-
1. MEMBANTU DALAM MEMAHAMI AJARAN AGAMA ISLAM
2. SEBAGAI MEWARISI SIFAT JUNJUNGAN BESAR NABI KITA (BERDAKWAH)
3. MEMBERIKAN INFO TERKINI BERKENAAN MA'AHAD SAS
3. MERAPATKAN TALI PERSAUDARAAN GURU + STUDENT MA'AHAD SAS
Sehubungan dengan itu diharapkan pengunjung Blog khususnya x Ma'ahad SAS faham tujuan murni tersebut.Ana juga ingin memaklumkan di sini bahawa urusan mengemaskini blog ini agak tergendala sedikit (lembab) kerana ana bercuti dan akan balik ke kampung ana di Pekan Pahang.Di kampung pulak tidak ada talian internet. Jadi Insya Allah kita akan berjumpa pada masa awal persekolahan dengan info-info terkini.
Terima kasih juga ana kepada Tukul Besi, Solehah, Zarimi, Afifzahrah, Zulkefli, Yana dan lain-lain lagi pengunjung di harap sudilah ziarah lagi bersama dengan idea-idea yang bernas. Insya Allah.

Tiada ulasan: