TAcRIF SOLAT
2.1 Tacrif Yang Mengambarkan Rupa Solat Yang Zahir
Perkataan Solat adalah diambil dari Bahasa cArab yang bermaksud : Doac memohon kebajikan dan pujian. Maka solat Allah S.W.T. kepada Nabi-Nya ialah pujian Allah kepada Nabi-Nya. Sebelum Islam, orang cArab memakai kata solat dengan erti kata sedemikian dan erti tersebut terdapat juga pada beberapa tempat di dalam Al-Quran.[1]
Firman Allah S.W.T :
Ertinya :
“ Dan bersolatlah atas mereka (berdoaclah untuk mereka) kerana sesungguhnya solatmu (doacmu) itu, menenangkan dan mententeramkan mereka”
Adapun tacrif solat menurut para Fuqaha iaitu : Beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, yang dengannya kita bercibadah kepada Allah, menurut syarat-syarat yang telah ditentukan.
Tacrif yang diberikan oleh Fuqaha ini hanyalah mengenai rupa solat sahaja tidak mengenai hakikat dan rohnya. Tegasnya tacrif tersebut hanya mengambarkan solat yang dapat didengar dan dilihat sahaja tidak termasuk ke dalam pengertian ini, hakikat dan jiwa solat.
2.2 Tacrif Yang Melukiskan Hakikat Solat
Ahlul Hakikah telah mentacrifkan solat dengan pengertian yang mengambarkan hakikat solat, iaitu : Berhadap hati (jiwa) kepada Allah, secara yang mendatangkan takut kepada-Nya, serta menumbuhkan di dalam jiwa rasa keagungan kebesaran-Nya dan kesempurnaan kekuasaan-Nya.
Dengan lain perkataan ianya diertikan : Hakikat solat itu ialah : menzahirkan hajat dan keperluan kita kepada Allah yang kita sembah, dengan perkataan dan pekerjaan atau dengan kedua-duanya. Oleh yang sedemikian dikatakan bahawa solat itu adalah doac.
Harus dimaklumi bahawa di antara persoalan yang jelas ialah : Menzahirkan hajat kita pada seseorang. Baik kita zahirkan dengan perbuatan, mahupun kita zahirkan dengan sikap keadaan. Bererti kita mohon sesuatu nickmat, atau kita mengharap supaya terhindar dari sesuatu kesusahan dan kemelaratan.
2.3 Tacrif Yang Menggambarkan Jiwa Solat
Ahlul Macrifah telah mentacrifkan jiwa solat dengan pengertian yang menjelaskan solat itu sebagai : Berharap kepada Allah S.W.T. dengan sepenuh jiwa, dengan segala khusyukc di hadapan-Nya dan berikhlas bagi-Nya serta hadir hati dalam berzikir, berdoac dan memuji.
2.1 Tacrif Yang Mengambarkan Rupa Solat Yang Zahir
Perkataan Solat adalah diambil dari Bahasa cArab yang bermaksud : Doac memohon kebajikan dan pujian. Maka solat Allah S.W.T. kepada Nabi-Nya ialah pujian Allah kepada Nabi-Nya. Sebelum Islam, orang cArab memakai kata solat dengan erti kata sedemikian dan erti tersebut terdapat juga pada beberapa tempat di dalam Al-Quran.[1]
Firman Allah S.W.T :
Ertinya :
“ Dan bersolatlah atas mereka (berdoaclah untuk mereka) kerana sesungguhnya solatmu (doacmu) itu, menenangkan dan mententeramkan mereka”
Adapun tacrif solat menurut para Fuqaha iaitu : Beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir, disudahi dengan salam, yang dengannya kita bercibadah kepada Allah, menurut syarat-syarat yang telah ditentukan.
Tacrif yang diberikan oleh Fuqaha ini hanyalah mengenai rupa solat sahaja tidak mengenai hakikat dan rohnya. Tegasnya tacrif tersebut hanya mengambarkan solat yang dapat didengar dan dilihat sahaja tidak termasuk ke dalam pengertian ini, hakikat dan jiwa solat.
2.2 Tacrif Yang Melukiskan Hakikat Solat
Ahlul Hakikah telah mentacrifkan solat dengan pengertian yang mengambarkan hakikat solat, iaitu : Berhadap hati (jiwa) kepada Allah, secara yang mendatangkan takut kepada-Nya, serta menumbuhkan di dalam jiwa rasa keagungan kebesaran-Nya dan kesempurnaan kekuasaan-Nya.
Dengan lain perkataan ianya diertikan : Hakikat solat itu ialah : menzahirkan hajat dan keperluan kita kepada Allah yang kita sembah, dengan perkataan dan pekerjaan atau dengan kedua-duanya. Oleh yang sedemikian dikatakan bahawa solat itu adalah doac.
Harus dimaklumi bahawa di antara persoalan yang jelas ialah : Menzahirkan hajat kita pada seseorang. Baik kita zahirkan dengan perbuatan, mahupun kita zahirkan dengan sikap keadaan. Bererti kita mohon sesuatu nickmat, atau kita mengharap supaya terhindar dari sesuatu kesusahan dan kemelaratan.
2.3 Tacrif Yang Menggambarkan Jiwa Solat
Ahlul Macrifah telah mentacrifkan jiwa solat dengan pengertian yang menjelaskan solat itu sebagai : Berharap kepada Allah S.W.T. dengan sepenuh jiwa, dengan segala khusyukc di hadapan-Nya dan berikhlas bagi-Nya serta hadir hati dalam berzikir, berdoac dan memuji.
Ringkasnya roh solat ialah : berhadapan kepada Allah dengan khusyukc , ikhlas, hadir hati, baik dalam berzikir, baik dalam berdoac mahupun dalam memuji. Inilah roh atau jiwa solat yang sebenar. Untuk mewujudkan hal itu disyaricatkanlah solat. Sekali-kali tidak disyaricatkan solat berdasarkan rupanya tetapi mengingati jiwanya.
2.4 Tacrif Yang Melengkapi Rupa, Hakikat dan Jiwa Solat
Tacrif yang lebih melengkapi rupa dan hakikat solat itu ialah : Berhadap hati (jiwa) kepada Allah dengan hadap yang mendatangkan rasa takut, menumbuhkan rasa kebesaran-Nya dan kekuasaan-Nya dengan sepenuh khusyukc dan ikhlas di dalam beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.
2.4 Tacrif Yang Melengkapi Rupa, Hakikat dan Jiwa Solat
Tacrif yang lebih melengkapi rupa dan hakikat solat itu ialah : Berhadap hati (jiwa) kepada Allah dengan hadap yang mendatangkan rasa takut, menumbuhkan rasa kebesaran-Nya dan kekuasaan-Nya dengan sepenuh khusyukc dan ikhlas di dalam beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan salam.
Solat yang telah difardhukan ke atas orang-orang Islam, menurut kaifiah yang telah dilaksanakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. dan telahpun sampai kepada kita dengan jalan-jalan yang mutawatir, merupakan upacara yang utama yang dilakukan bagi menerangkan rasa berhajat kepada Tuhan yang Macbud dan rasa kebesaran Allh S.W.T. yang mempengaruhi jiwa, sekiranya solat yang sedemikian hakikat dan jiwanya itu dapat dilaksanakan pada kadar yang paling sempurna.
Adalah perlu dijelaskan di sini, sebab dinamakan cibadah yang penting ini dengan nama solat adalah kerana mengingati bahawa di dalam solat itu terdapat tawajjuh ( usaha berhadap diri pada Allah ) dan doac ( seruan memohonkan hajat dan ampunan hanya kepada Allah S.W.T sahaja )
Justeru itu, mengingati hal ini amat wajarlah kita memakai kata solat dan jangan sekali-kali menggunakan kata terjemahannya iaitu sembahyang. Apalagi apabila diingati bahawa kata terjemahan sembahyang itu berasal dari bahasa Sanskrit yang bererti penyembahan ke atas dewa-dewa.
KESAN SOLAT
3.1 Pengenalan
Solat atau sembahyang adalah rukun kedua yang menjadi asas terbinanya Islam. Solat juga merupakan tiang agama dan satu cibadah wajib ke atas setiap umat Islam untuk melakukannya dalam apa jua keadaan selagi akalnya masih sihat dan waras. Jika ditinjau dalam al-Quran terdapat lebih dari 25 tempat ayat “ aqama” yang merujuk kepada makna perintah agar melaksanakannya atau mendirikan solat dan terdapat lebih 70 kali perkataan “ as-solah” atau sembahyang diulang-ulang dan disebut dalam al-Quran, antaranya :
Firman Allah S.W.T.
Ertinya :
“ Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya “
Sebagai umat Islam, sama ada remaja, dewasa, lelaki mahupun perempuan hendaklah memerhati , memahami dan menghalusi dengan sehalus-halusnya perintah dari solat ini. Oleh kerana itu , Baginda nabi SAW telah berpesan kepada umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu supaya ibubapa mengajar dan menyuruh anak-anak agar mengerjakan cibadah solat sejak umur mereka 7 tahun dan pukullah mereka jika enggan solat ketika berusia 10 tahun.
Firman Allah S.W.T :
Ertinya :
“ Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepada mu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa “
Jadi sudah tentu pengaruh dan kesan positif solat kepada kehidupan umat Islam terlalu besar, terutama dalam membentuk jiwa, diri, akhlak mulia, sifat amanah, perpaduan, keberkatan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Malahan cibadah solat berupaya menjadi benteng diri mencegah dari melakukan perbuatan keji dan munkar. Betapa besar kepentingan dan kesan yang timbul dari solat kepada orang-orang Islam yang beriman.
Bukti atau dalil solat mempunyai kedudukan yang besar dan utama ialah :
a. Solat itu ialah tiang agama, tidaklah tegak agama tanpanya.Apabila roboh atau runtuh tiang, maka akan robohlah binaan Islam.
b. Solat ialah amalan pertama yang akan ditanyakan di akhirat yang akan menjelaskan amalan lain atau menentukan nasib seseorang di sana.
c. Solat ialah perkara agama yang terakhir akan hilang. Apabila seseorang itu tidak melakukan solat maka tidalah lagi saki baki agama Islam itu.
d. Solat ialah perkara terakhir yang diwasiatkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. sebelum beliau wafat.
e. Allah S.W.T. memuji orang yang tetap bersolat dan menyuruh anak isterinya agar turut serta bersolat.
f. Allah S.W.T. mencela orang yang menyia-nyiakan solat dan orang yang bermalas-malasan dalam melakukannya.
g. Solat ialah sebesar-besar rukun Islam dan tiang besarnya selepas mengucap dua kalimah syahadah.
h. Allah mengeluarkan perintah kewajipannya di atas tujuh lapisan langit dengan mengangkat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sendiri naik ke sana (Mustawa) tanpa perantaraan orang tengah iaitu Jibril A.S.
i. Allah mewajibkan umat Islam solat 50 kali dalam sehari semalam, kemudian dikurangkan dengan sebab rahmat Allah S.W.T. sedangkan pahalanya tetap sama. ( dikira sebagai 50 kali solat)
j. Kefardhuan solat lebih banyak disebut dalam al-Quran berbanding kefardhuan yang lain.
k. Solat ialah awal pertama ibadah yang diwajibkan mendahului kewajipan puasa, zakat dan haji.
h. Allah mengeluarkan perintah kewajipannya di atas tujuh lapisan langit dengan mengangkat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. sendiri naik ke sana (Mustawa) tanpa perantaraan orang tengah iaitu Jibril A.S.
i. Allah mewajibkan umat Islam solat 50 kali dalam sehari semalam, kemudian dikurangkan dengan sebab rahmat Allah S.W.T. sedangkan pahalanya tetap sama. ( dikira sebagai 50 kali solat)
j. Kefardhuan solat lebih banyak disebut dalam al-Quran berbanding kefardhuan yang lain.
k. Solat ialah awal pertama ibadah yang diwajibkan mendahului kewajipan puasa, zakat dan haji.
l. Allah mewajibkan solat dilakukan lima kali dalam sehari semalam., berbeza dengan rukun-rukun Islam yang lain. Ianya tidak begitu kerap, ini disebabkan peranannya (solat) amat besar.
m. Solat diwajibkan ke atas semua peringkat umur, yang baligh, berakal serta cukup syarat-syaratnya.
Umat Islam tidak perlu menghitung dan membuat peratusan terhadap bilangan anak yang tidak solat pada zaman ini. Hal ini kerana mereka masih belum memperbaiki sistem pendidikan agama anak-anak yang ada kini. Adapun bapa, ia tetap berhadapan dengan Allah S.W.T. di hari akhirat terhadap perlakuan dan sikap anak-anak yang telah meninggalkan cara hidup Islam yang telah diwarisi sejak zaman keemasan Islam lagi.
Solat adalah merupakan suatu cara hidup terpenting dalam kehidupan orang yang beriman dan beragama bagi setiap orang di seluruh pelusuk dunia Islam. Selagimana seseorang Islam itu masih berakal dan sedar, maka ia wajib melakukan solat dalam waktunya.iaitu dalam waktu-waktu yang segera
Tiada hukum yang membolehkan seseorang meninggalkan solat dengan alasan untuk mengqadhakannya di waktu kemudian. Qadha solat hanya dibolehkan bagi sesiapa yang tidak sengaja untuk meninggalkannya. Contohnya seperti terlupa untuk melakukan solat kerana terlalu sibuk, tertidur kerana terlalu letih atau mengantuk hingga luput waktunya.
Dalam lembaran kitab suci al-Quran , Allah memuji orang yang melakukan solat lebih dari 80 kali. Seterusnya Allah memuji para hamba-Nya yang bersolat dengan baik (mengikut sunnah serta khusyuck) dan berusaha memelihara solatnya secara berterusan. Kepada mereka disediakan Syurga Firdaus; mereka akan kekal di dalamnya.
Semua di atas adalah perkara yang telahpun kita akui kebenarannya tetapi di sini pengkaji mengajak sidang pembaca, agar melihat dengan lebih mendalam dari kacamata bagaimana peranan solat berjaya membentuk pelajar?. Sebagai permulaan mari kita perhatikan antara kesan-kesan berikut :
3.2 Hormat Guru
Guru ialah sesiapa yang pernah memperkenalkan, mengajar, membimbing, menunjuk dan mendidik seseorang ke arah kebaikan yang diredhai oleh Allah S.W.T. samaada secara langsung atau tidak langsung, di dalam mahupun di luar sekolah.
m. Solat diwajibkan ke atas semua peringkat umur, yang baligh, berakal serta cukup syarat-syaratnya.
Umat Islam tidak perlu menghitung dan membuat peratusan terhadap bilangan anak yang tidak solat pada zaman ini. Hal ini kerana mereka masih belum memperbaiki sistem pendidikan agama anak-anak yang ada kini. Adapun bapa, ia tetap berhadapan dengan Allah S.W.T. di hari akhirat terhadap perlakuan dan sikap anak-anak yang telah meninggalkan cara hidup Islam yang telah diwarisi sejak zaman keemasan Islam lagi.
Solat adalah merupakan suatu cara hidup terpenting dalam kehidupan orang yang beriman dan beragama bagi setiap orang di seluruh pelusuk dunia Islam. Selagimana seseorang Islam itu masih berakal dan sedar, maka ia wajib melakukan solat dalam waktunya.iaitu dalam waktu-waktu yang segera
Tiada hukum yang membolehkan seseorang meninggalkan solat dengan alasan untuk mengqadhakannya di waktu kemudian. Qadha solat hanya dibolehkan bagi sesiapa yang tidak sengaja untuk meninggalkannya. Contohnya seperti terlupa untuk melakukan solat kerana terlalu sibuk, tertidur kerana terlalu letih atau mengantuk hingga luput waktunya.
Dalam lembaran kitab suci al-Quran , Allah memuji orang yang melakukan solat lebih dari 80 kali. Seterusnya Allah memuji para hamba-Nya yang bersolat dengan baik (mengikut sunnah serta khusyuck) dan berusaha memelihara solatnya secara berterusan. Kepada mereka disediakan Syurga Firdaus; mereka akan kekal di dalamnya.
Semua di atas adalah perkara yang telahpun kita akui kebenarannya tetapi di sini pengkaji mengajak sidang pembaca, agar melihat dengan lebih mendalam dari kacamata bagaimana peranan solat berjaya membentuk pelajar?. Sebagai permulaan mari kita perhatikan antara kesan-kesan berikut :
3.2 Hormat Guru
Guru ialah sesiapa yang pernah memperkenalkan, mengajar, membimbing, menunjuk dan mendidik seseorang ke arah kebaikan yang diredhai oleh Allah S.W.T. samaada secara langsung atau tidak langsung, di dalam mahupun di luar sekolah.
Kebiasaannya seseorang guru itu umurnya melebihi umur muridnya, mempunyai ilmu dan pengetahuan yang luas serta pengalaman yang melebihi muridnya. Guru juga mempunyai kemahiran yang lebih dalam bidang yang akan diajar olehnya. Justeru itu, mereka dihormati bukan sahaja kerana ilmu pengetahuannya dan juga pengalamannya tetapi juga kerana umurnya yang lebih dewasa daripada muridnya. Ini adalah kerana Islam menganjurkan orang yang lebih muda menghormati orang yang lebih tua daripadanya.
Selain daripada itu, sesiapa yang diklasifikasikan sebagai seorang guru adalah kebiasaannya bersama pelajar atau murid dalam menyampaikan pengetahuan yang berguna tidak kira dalam apa jua bidangnya. Mereka sanggup meluangkan masa mendidik dan mengasuh pelajar ke arah kebaikan tanpa mengenal erti jemu. Mereka juga ikhlas mencurahkan apa yang mereka tahu kepada para pelajarnya.
Disebabkan jasa dan pengorbanan guru yang tidak terhingga inilah yang menyebabkan para pelajar berjaya menduduki status yang yang selesa dalam alam pekerjaan. Pengorbanan guru amat bermakna bagi pelajar kerana tanpa guru mereka tidak akan dapat mengecapi kejayaan yang mereka idam-idamkan.
Menghormati guru adalah merupakan satu tuntutan Allah S.W.T. Islam telah mengangkat martabat seorang guru ke peringkat tertinggi satu tingkat di bawah tingkatan iman dan ubudiyah kepada Allah S.W.T.
Sabda Rasulullah S.A.W. :
“ Muliakanlah guru-guru agama kerana barang siapa memuliakan mereka, bererti ia telah memuliakan Aku “
Akhlak seseorang pelajar dengan gurunya dapat diterjemahkan melalui cibadah khusus yang telah diwajibkan. Melalui cibadah khusus seumpama solat seorang hamba dalam kontek sebagai seorang pelajar dapat membina hubungan baik dengan Allah sekaligus menjadikan dirinya hormat kepada guru seumpama saranan Allah S.W.T.. Melalui pengulangan solat lima waktu sehari semalam yang dikerjakan secara tetap pada waktunya serta ikhlas menghindarkan dirinya daripada melakukan amalan yang buruk.
Solat adalah merupakan cibadah penyucian jiwa dari sifat-sifat mazmumah ( keji ) yang terdapat dalam jiwa manusia. Dalam diri manusia terdapat seketul daging iaitu hati. Dan hati akan meninggalkan satu tompok hitam di atas satu kejahatan yang dilakukan.Hati yang hitam sukar dihilangkan melalui ubat doktor tetapi hati akan menjadi putih bersih setelah mendapat rawatan dari Maha Pencipta. Salah satu dari ubatnya adalah melalui solat.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :
“ Sesungguhnya apabila orang mukmin itu melakukan satu dosa maka akan timbullah satu bintik hitam di hatinya. Jika ia bertaubat, menyesal diri dan memohon ampun, bersihlah hatinya dari bintik itu. Tetapi jika ia menambah dosanya, maka bertambahlah bintik hitam di hatinya sehingga seluruh hati menjadi hitam “
Melalui Hadis tersebut menjelaskan kepada kita bahawa dalam kehidupan aturan Allah ini, terdapat larangan-larangan yang wajib dijauhi oleh setiap hambanya sama sekali. Larangan yang wajib dihindari ini mengandungi hikmah-hikmah yang tersembunyi. Sebagai seorang pelajar, setiap larangan Allah yang menimbulkan dosa haruslah ditinggalkan segera.
Dosa sepertimana yang telah dimaklumi ialah perbuatan yang melanggar hukum Allah. Dalam satu Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa satu ketika An-Nawas bin Samcan telah datang berjumpa dengan Rasullullah S.A.W untuk bertanya tentang pengertian kebaikan dan pengertian dosa.
Rasulullah S.A.W telah memberikan jawapan :
“ Kebaikan ialah akhlak yang baik, dan dosa ialah apa yang beredar di dalam hati mu yang kamu tidak suka orang lain mengetahuinya “
Justeru itu apabila timbul rasa takut pada cazab siksaan Allah yang maha pedih maka ia menjadi pendinding kepada para pelajar dari melakukan sesuatu yang bersalahan dengan kehendak syariat Islam. Ia bermaksud dengan sebab solat menjadikan setiap orang lebih beringat tentang balasan dosa yang akan diterima kelak bilamana melakukan kejahatan atau melanggar batas-batas yang telah Allah S.W.T gariskan.
Solat berperanan di dalam membentuk pelajar menghormati gurunya sekiranya memiliki cirri-ciri berikut :
a. Mengikut Arahan
Pelajar akan mengikut nasihat dan bimbingan guru dalam menghadapi liku-liku hidup yang kian mencabar dewasa ini. Pelajar-pelajar juga akan tahu membezakan arahan yang patut diikuti iaitu yang tidak melanggar hukum-hukum syarak iaitu arahan yang membawa kebaikan kepada mereka.
b. Cinta dan Kasih
Seorang pelajar akan menaruh rasa cinta dan kasih kepada guru-guru yang pernah mengajar dan mendidik mereka, sekalipun sedikit sahaja ilmu dan pengetahuan yang dicurahkan oleh guru itu. Cinta dan kasih kepada guru akan mendapat keberkatan daripada Allah kerana guru adalah mulia di sisi Allah S.W.T.
c. Hubungan Baik
Seseorang pelajar mempunyai hubungan baik dengan guru ; bukan sahaja semasa dalam sesi persekolahan malahan juga di luar sesi persekolahan ; dan bukan sahaja semasa berada di dalam kawasan sekolah, malah di luar kawasan sekolah juga turut dititik beratkan.
d. Tidak Meninggi Suara
Jika berkomunikasi dengan guru, pelajar menggunakan suara yang rendah dan mengurangkan percakapan. Tidak menggunakan suara yang nyaring melebihi suara guru yang akan mengakibatkan guru rasa tercabar dengan tindakan tersebut.Disamping mencerminkan sikap yang kurang sopan di hadapan gurunya.
e. Diam Serta Memahami
Semasa guru sedang bercakap atau menyampaikan kuliah dan pengajaran di dalam kelas, pelajar akan diam serta memahami apa yang disampaikan oleh guru. Pengajaran guru akan dihadapi dengan penuh minat. Pelajar akan bertanya sekiranya ada kemusykilan dalam sesuatu pembelajaran dan pelajar yang solat tidak terlalu pasif di dalam kelas sehingga mengakibatkan suasana menjadi hambar.
f. Berterima Kasih
Pelajar yang menghargai guru sentiasa tidak lupa untuk berterima kasih kepada guru sesudah mereka memberikan sesuatu pengajaran dan turut mendoackan mereka. Ini adalah bertujuan untuk memohon keberkatan ilmu yang disampaikan oleh guru dalam sesi pembelajaran.
g. Merendah Diri
Pelajar cemerlang selalu merendahkan diri dan tidak memanggil guru dengan namanya, tetapi menggunakan kata-kata panggilan yang sesuai dan hormat seperti cikgu, ustaz,ustazah, tuan guru ( tok guru) dan sebagainya.
h. Mengenang Jasa Guru
Pelajar yang baik selalu mengenangi jasa guru yang telah mencurahkan ilmu dan membimbing pelajar dengan penuh dedikasi tanpa mengira penat dan lelah. Guru itu ibarat pelita, membakar diri bagi menerangi orang lain.
i. Jangan Menyakiti Perasaan Guru
Sepanjang hubungan dengan guru, mereka (pelajar yang menjaga solat) tidak sekali-kali mencuba menyentuh perasaan atau menyakiti hati guru dalam apa jua cara sekalipun. Perasaan hati guru seharusnya dijaga walau dalam apa jua keadaan.
j. Bertegur Sapa
Pelajar terlebih dahulu bertegur sapa guru di kala bertemu atau bersua. Apalagi jika sudah lama tidak berjumpa dengan guru. Ini kerana guru sudah tentu tidak dapat mengenali rupa para pelajarnya yang telah lama tidak dijumpainya.
k. Mendoackan Guru
Apabila guru meninggal dunia, pelajar akan solat untuknya, mengiringi jenazahnya ke tanah perkuburan dan sentiasa berdoac agar Allah S.W.T. merahmati rohnya. Ini adalah penghormatan yang seharusnya dilakukan oleh setiap pelajar kepada guru-gurunya sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada guru yang mendidik mereka sehinggalah mereka menempuh kejayaan.
3.3 Patuhi Masa
Al-Quran dan As-Sunnah telah memberikan perhatian yang sangat penting terhadap penjagaan masa. Sebagai seorang muslim kita hendaklah menjaga masa. Tidak mencukupi sekadar menyedari kewajipan menjaga masa sahaja, bahkan wajiblah meletakkan pengurusan masa itu sepertimana yang dikehendaki oleh Islam.
Kewajipan yang pertama ke atas setiap muslim ialah memastikan masanya diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah untuk dunia dan akhiratnya. Seterusnya untuk kesejahteraan ummah sejagat, rohani dan jasmani. Penjagaan masa hendaklah seperti penjagaan harta benda , bahkan lebih penting daripada itu. Generasi terdahulu lebih menitikberatkan terhadap penjagaan masa. Ini adalah kerana mereka dapat melihat melalui matahati mereka betapa bernilainya harga masa itu.
Sepertimana yang telah diungkapkan sebelumnya bahawa syicar Islam telah meyakinkan lagi betapa berharganya masa dalam memberikan sumbangan terhadap kemajuan manusia seiring dengan peredaran dunia , peredaran matahari dan perubahan malam dan siang.
Ketika mana malam sampai ke penghujungnya dan fajar mula terbit , terdengar seruan menyeru manusia yang masih dibuai mimpi, untuk bangun menikmati udara pagi yang bersih lagi segar dengan bangun menunaikan solat subuh.
Ketika itu manusia diperingatkan supaya bertemu di hadapan pencipta mereka sendiri, iaitu Allah S.W.T. yang menyusun segala urusan, dan memberikan rezeki kepada mereka. Manusia diminta supaya tidak tamak mengejar harta dunia. Ketika itu manusia di wajibkan solat zohor.
Firman Allah S.W.T :
Ertinya :
“ Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan mu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa “
Setelah matahari berada di sebelah barat, seruan kali ketiga berkumandang menyeru manusia menunaikan solat cAsar. Apabila matahari tidak menampakkan cahayanya, terdengar panggilan kali ke empat, menandakan panggilan untuk solat di penghujung hari iaitu solat Maghrib.
Begitulah keadaan kehidupan seorang muslim pada setiap hari. Memulakan kehidupan sehariannya dengan cibadah solat dan penutupnya juga dengan cibadah solat. Iaitu bermula dengan solat subuh di pagi hari dan di akhiri dengan solat Isya. Semuanya itu pada masa yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Jelas sekali di sini, melalui ketetapan masa dalam setiap lima waktu solat mampu mentarbiah pelajar dari aspek patuhi masa, samada disedari maupun tidak disedari.
Kita seharusnya sedari bahawa di antara nickmat yang tidak ternilai adalah pengurniaan Allah solat dan masa lapang. Pengkaji tidak bercadang untuk menjelaskan maksud solat kerana telah dijelaskan sebelumnya, manakala maksud masa lapang di sini ialah, tidak terikat dengan urusan keduniaan dan tidak menghalang seseorang itu daripada urusan akhirat.
Kita tidak dapat menafikan bahawa banyak dalil-dalil yang telah menjelaskan kepada kita tentang kewajipan seseorang itu untuk berusaha dalam kehidupan dunianya. Namun begitu kita tidak seharusnya tenggelam dalam lautan keduniaan, sehingga tidak mampu untuk menunaikan kewajipan solat terhadap Allah S.W.T.
Pada asasnya, keadaan kerugian hanyalah berlaku dalam urusan perniagaan sahaja. Al Syeikh Minawi mengumpamakan seseorang yang memikul tanggungjawab itu adalah seumpama peniaga, manakala nickmat solat dan masa lapang itu, adalah seperti modal perniagaan yang merupakan di antara sebab ke arah keuntungan sesuatu perniagaan.
Justeru itu barangsiapa yang melakukan pekerjaan setelah selesai solat dan melakukan dengan penuh khusyuck, maka ia akan berjaya sama ada di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Dan sebaliknya akan berlaku iaitu barang siapa yang tidak mengikut perintah Allah iaitu tidak solat perniagaannya akan rugi serta modalnya juga turut hilang.
Para ulama’ terdahulu amatlah tidak menyukai apabila seseorang yang tidak mengisi masa lapangnya dengan acmalan-acmalan kebaikan. Umpama berjalan-jalan tanpa tujuan, duduk berborak kosong di tempat-tempat awam dan lain-lain lagi. Dengan itu masa bukan lagi suatu nikmat kepadanya tetapi telah menjadi satu bala kepadanya. Ada pula yang mengatakan masa lapang bagi seorang lelaki itu adalah kelalaian manakala bagi seorang perempuan adalah pembuka jalan ke arah mengikut kehendak hawa nafsunya.
Adalah amat rugi, apabila masa lapang dimiliki oleh belia remaja khususnya para pelajar dipersia-siakan. Usia muda adalah suatu usia yang mudah melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsu sendiri. Tambahan pula apabila seseorang itu mempunyai sumber kewangan yang melebihi keperluan. Mereka mampu melakukan apa sahaja yang dikehendakki oleh nafsu jahat mereka.
Firman Allah S.W.T :
Ertinya :
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentacati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”.
Jadi ke atas setiap yang beriman kepada Allah dan yang sudah tentunya dapat menilai nickmat masa yang Allah anugerahkan buatnya serta menyedari kepentingannya maka bersegeralah kita mematuhi masa dengan mengisi masa dengan camalan-camalan kebajikan sepertimana tuntutan Allah.
Dalam al-Quran, Allah telah menegaskan bahawa solat yang difardhukan itu mempunyai waktu-waktunya yang tertentu.
Firman Allah S.W.T :
Ertinya :
“ Bahawasanya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya “
3.4 Akhlak Pelajar
Sebagai seorang hamba Allah, keyakinan dan icktikad terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah tidak boleh diragukan sama sekali. Keyakinan ini menjadi tunjang dan asas dalam kehidupan seorang muslim. Pelajar muslim pastinya tidak terlepas dari kepercayaan dan keyakinan ini. Dengan hanya beriman kepada Allah sahajalah, seseorang pelajar mempunyai akhlak kepada Allah sekaligus menepati syarat pertama Rukun Iman. Keimanan kepada Allah bukan sahaja apa yang tersemat di hati tetapi lebih tertumpu kepada acmal yang menjadi tongkat memimpin kepada akhlak yang lebih baik.
Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cerminan daripada apa yang tersemat dalam dirinya.
Sebagaimana menurut al-Ghazali :
“ Setiap yang ada dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap pergerakannya adalah berlandaskan kepadanya “.
Maka dengan ini apabila akhlak menjadi sebati dalam diri ia akan menzahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai akhlak yang ada padanya. Seorang pelajar Islam dikatakan berakhlak bilamana sering melakukan solat pada waktunya.
Firman Allah S.W.T :
Ertinya :
“ Bahawasanya solat itu, menghalangi manusia dari Fahsya dan munkar “
Akhlak adalah cerminan keimanan seseorang. Dengan erti kata lain, iman yang sempurna akan menghasilkan akhlak yang mulia atau dengan perumpamaan yang mudah, ibarat pohon yang semata-mata bergantung kepada kesihatan dan keelokan akarnya.
Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya :
“Golongan yang beriman yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya “
Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana penghayatannya dan kemurnian sumber peradabannya. Justeru, akhlak adalah mercu tanda, berjaya atau tidaknya sesuatu umat dalam melakukan proses kemajuan dan pembangunan. Tanpa akhlak nescaya manusia akan berada di lembah kehinaan biarpun kejayaan material yang dicapai amat menakjubkan. Faktor yang membelakangkan akhlak jugalah yang menyebabkan sesuatu umat tidak dikira mencapai tahap ketamadunan yang sebenarnya.
Allah S.W.T. telah berfirman :
Ertinya :
“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka, dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.( Iaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia.
Berdasarkan ayat ini, maka bila bertambah seseorang itu dalam melakukan solat maka makin bertambah jugalah tahap keimanan mereka. Dalam solat itu seseorang hamba bukan sahaja dapat bercakap atau berdialog dengan Tuhannya dan memohon sesuatu tetapi ia juga dapat mendekatkan diri kepada-Nya sedekat-dekatnya, terutama semasa sedang sujud.
Jadi seseorang yang tidak solat bermakna tidak membuat hubungan dengan Tuhannya. Maka terputuslah daripada nikmat, rahmat,belas kasihanNya.Suburlah akhlak yang keji dan hina, sekaligus ia tidak dapat bermunajat dan mendekati Tuhannya, tempat makhluk bergantung harap.
Pada dasarnya, setiap yang beriman itu mengenali Allah dan Rasulnya, kerana itu mereka cinta kepada keduanya serta patuh dengan melakukan suruhan-Nya terutama solat lima waktu. Sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, mereka membenci Allah dan Rasulnya, terutama orang-orang munafik.
Solat itu adalah cahaya, maka sesiapa yang melakukannya akan memperolehi cahaya tersebut. Ini bermaksud barangsiapa yang kerap bersolat, maka keadaan dirinya dikatakan cahaya di atas cahaya, bersinar gemilang di hadapan Tuhan An Nur iaitu cahaya iman dihias indah dengan cahaya solat yang melahirkan budi perkerti yang mulia.
Cahaya solat itu berkilauan dalam hati orang mukmin, bersinar ke atas mukanya dan memantul ke atas setiap anggotanya. Cahaya dimana seseorang dapat bergaul dalam masyarakat dengan selamat. Maka ia dapat melihat apa yang orang tidak nampak akan kebenaran dan sesuatu hakikat.
Orang yang mengenali Allah S.W.T. dan mengetahui perintahNya, dia tidak akan sombong, bahkan segera menurut dan mengikuti apa sahaja perintah Allah S.W.T. dan Rasulnya. Mengapa manusia perlu sombong sedangkan kerajaan agung yang mencipta, memelihara dan mentadbirkan seluruh alam ini dari dasar tujuh petala bumi dari sebelah bawah membawa ke tujuh petala langit di sebelah atas, ditambah lagi dengan alam raksasa ghaib adalah semuanya di tangan Allah S.W.T.yang mempunyai segala sifat Keagungan dan Kemuliaan : sifat kehebatan yang boleh sombong mengatasi manusia.
Merendah diri adalah suatu sifat yang mulia dan terpuji. Sifat ini adalah pakaian utama bagi orang yang berkedudukan tinggi dan berpangkat, dan ia juga menaikkan darjat orang yang berkedudukan rendah dan miskin. Maka solat merupakan suatu latihan bagi orang yang berkedudukan tinggi untuk dapat merendahkan diri kepada Allah, Tuhan Maha Pencipta. Jika belum dapat merendahkan diri, maka ketahuilah bahawa kesemua makhluk yan g berakal dan tidak berakal adalah tunduk kepada Allah Tacala pada setiap masa dan mereka patuh takut dan bimbang menunggu apa sahaja yang akan dilakukan Allah kepada mereka.
Menurut Al-Qustani R.A. antara sebab mengapa solat ini dilakukan lima kali dalam sehari ialah untuk memeluhara manusia dalam kehidupan sehariannya yang biasanya lalai oleh adanya nafsu keinginan, kelalaian, lupa, terlibat dengan tabicat dan tradisi. Maka solat dapat mencegah dari nafsu yang buruk dan merugikan.
Di dalam agama Islam, solat adalah alat yang dapat mengawal diri seseorang daripada dosa dan kemungkaran. Solat dapat mewujudkan manusia yang patuh, baik, mulia dan berakhlak terpuji.
3.5 Disiplin Dalam Kelas
Dalam pembinaan sahsiah yang baik, disiplin diri yang ketat dan dipatuhi dengan keadaan yang sungguh-sungguh mampu mendidik ke arah remaja yang berwawasan, maju dan berjaya. Ini adalah kerana sejarah telahpun membuktikan kepada kita, negara yang bertamadun memiliki undang-undang atau disiplin diri yang tinggi.
Kita sedia maklum bahawa setiap orang yang tidak dibatasi oleh undang-undang dan disiplin, individu itu dikatakan lemah dan tidak akan berjaya. Umpama contoh, setiap pelajar Islam inginkan kejayaan di dalam peperiksaan. Dan untuk mendapat kejayaan, pelajar tidak akan terlepas dari menguasai ilmunya. Cara untuk menguasai ilmu adalah melalui pembacaan dan latihan. Manakala pembacaan dan latihan, hendaklah mempunyai jadual yang lengkap agar mudah diikuti oleh setiap pelajar.
Sebagai pencari ilmu, samada ilmu keagamaan atau ilmu mengurus dunia, setiap pelajar Islam hendaklah mengetahui dan mengamalkan disiplin-disiplin dan undang-undang yang telah digariskan oleh Allah untuk menjamin keberkatan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat.
Penuntut ilmu hendaklah saling menasihati sesama mereka khususnya di dalam menjadikan diri sentiasa berada dalam keadaan berdisiplin dan mengikut garis panduan undang-undang Islam sebenar. Sebab Islam bukan agama individu tetapi agama yang membimbing ke arah kejayaan untuk semua orang.
Jika ditinjau pada ibadah solat, terdapat padanya undang-undang atau peraturan-peraturan yang wajib diikuti. Patuh terhadap undang-undang bermakna solat dari segi zahiriah telah sempurna dan sah. Sebagai kajian mari kita perhatikan undang-undang tersebut :
a. Undang-undang Sebelum Solat
Sebelum solat kita dirikan, maka kita harus mengetahui lebih dahulu tentang beberapa syarat solat iaitu ;
· Mengetahui masuknya waktu solat.
· Suci dari hadas kecil dan hadas besar
· Badan, pakaian dan tempat solat harus suci dari najis.
· Menutup aurat: Setiap lelaki dan perempuan yang akan bersolat haruslah menutup auratnya iaitu menutupi sebahagian anggota badannya agar tidak bertelanjang yang boleh menyebabkan solatnya tidak sah dan batal.
· Menghadap kiblat
b. Undang-undang Ketika Solat
Dalam mendirikan solat maka yang harus dan perlu diketahui dengan sungguh-sungguh adalah fardhu-fardhunya sebagaimana berikut :
· Berniat dalam hati
· Membaca takbiratul ihram
· Berdiri bagi mereka yang berkuasa ketika solat fardhu.
· Membaca surah al Fatihah
· Rukuk
· Ictidal dengan thumacninah
· Sujud
· Duduk tahiyat akhir
· Memberi salam
· Tertib
Setiap pelanggaran undang-undang, solat dikira sebagai rosak (batal) atau maksud secara mudahnya solat yang dikerjakan tidak diterima oleh Allah S.W.T kerana telah berlaku padanya kecacatan yang sepatutnya wajib dielakkan.
Setiap orang bilamana melakukan solat, wajib mematuhi undang-undang tersebut. Undang-undang yang dipatuhi disulami dengan hadir hati, khusyukc akan melahirkan perilaku yang terpuji. Bagi seorang pelajar, akan tercanailah mengikut undang-undang yang digariskan al-Quran.
Solat yang dimulakan dengan takbir (mengagungkan Allah Tuhan Semesta) dan dilakukan dengan rukuk dan sujud serta tahiyyat di mana di dalamnya terdapat undang-undang yang digariskan serta hendaklah dipatuhi. Di dalamnya juga terdapat pengakuan terhadap Allah dan Rasul-Nya serta pelbagai bacaan, adalah benar-benar dapat mengubah insan yang mampu berfikir.
Sesungguhnya manusia yang mulia di sisi Allah ialah orang yang beriman dan bertakwa kepada-Nya pada setiap masa.Justeru itu orang yang bersolat adalah orang yang mempunyai kedudukan yang mulia semasa di dunia dan juga di akhirat.
Kita telahpun mengetahui untuk mendapat syurga Allah hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditunjukkan Allah melalui kitabnya Al-Quran, Al-Hadis, Ijma dan Qias.Ini bermakna tidak ada jalan singkat untuk memperolehi ganjaran pahala melainkan menunaikan setiap perkara yang telah difardhukan Allah padanya, khususnya solat.
3.6 Patuhi Undang-Undang Sekolah
Solat dan kepimpinan merupakan dua perkara yang amat penting dan telah mendapat tempat yang khusus dalam syiar Islam. Solat dan kepimpinan merupakan elemen utama dalam mencorakkan sesebuah institusi pendidikan, di samping menjadi penentu jatuh dan bangunnya institusi pendidikan tersebut. Kerjasama erat di antara tanggungjawab solat dan imam selaku pemimpin amat penting dalam membentuk generasi al-Quran.
Secara umumnya seseorang yang menjadi imam, telah memegang satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan rasa penuh tanggungjawab. Imam seumpama kepala kepada anggota badan yang lain. Kepala letaknya di atas yang penuh kemuliaan di samping terletak padanya anugerah akal yang telah Allah bekalkan. Otak bertindak sebagai pemandu kepada anggota badan yang lain.
Dalam solat setiap tindakan imam akan diikut oleh makmum. Maksudnya solat melalui syarat dan undang-undangnya telah mewajibkan makmum mengikut pada setiap perbuatan imam. Solat dikatakan rosak seandainya tidak mengikut perbuatan imam. Justeru itu telah menjelaskan kepada kita bahawa melalui solat berjama’ah telah mendidik pelajar khususnya, mematuhi undang-undang Islam juga undang-undang sekolah selagi mana tidak berlawanan dengan syariat Islam.
Bila kita bercakap mengenai kepimpinan Islam, kita tidak boleh lari daripada dua sumber iaitu al-Quran dan al-Hadis. Al-Quran dan al-Hadis mengajak serta memandu kita ke arah makruf ( kebaikan ) dan menjauhi mungkar ( kemaksiatan ). Panduan tersebut adalah bertujuan untuk membentuk kehidupan masyarakat yang menjadikan Islam sebagai satu cara hidup.
Ketenangan adalah suatu nikmat yang penting dalam kehidupan manusia. Dengan adanya ketenangan, seseorang dapat bersolat dengan khuyuck, dapat bergaul dengan ibubapa secara baik, dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan dapat menyumbang kepada kesihatan yang sempurna.
Ketenangan yang sebenar hanyalah dapat diperolehi oleh orang yang bersolat dengan ikhlas dan orang yang selalu membaca dan mendengar ayat-ayat suci al-Quran, ianya adalah bahan-bahan santapan rohani yang sebenar dan dapat memberikan ketenangan di dunia dan di akhirat.
Firman Allah S.W.T. :
Ertinya :
“ Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah, Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir, Kecuali orang-orang yang mengerjakan solat, yang mereka itu tetap mengerjakan solatnya”.
Ketenangan yang dinyatakan berdasarkan ayat tersebut adalah ketenangan yang diperolehi melalui perlakuan solat. Solat yang dilakukan mengikut perturan yang betul akan melahirkan pelajar yang patuh terhadap undang-undang sekolah selagimana undang-undang tersebut tidak bersalahan dengan Islam.
3.7 Perhubungan Dengan Kawan
Secara alamiah, kita adalah makhluk sosial dan selalu condong kepada kemajuan dan peradaban. Oleh yang sedemikian itu, berhubungan dan berteman dengan orang lain adalah salah satu faktor terbentuknya kehidupan sosial tersebut. Kita tidak akan mampu merealisasikan kehidupan sosial kecuali melalui berhubungan dengan orang lain iaitu melalui jalinan persahabatan dan berteman. Justeru kita tidak akan mungkin menyendiri.
Sehubungan dengan itu, persoalan yang seharusnya diperhatikan dalam pendidikan anak remaja adalah hubungan sosial mereka dalam berteman. Acuan Islam amatlah diperlukan kerana tanpa acuan yang betul, yang tidak didasari oleh syariat Islam menjerumuskan mereka ke jurang kehancuran.
Memilih teman yang tepat adalah ibarat memilih persimpangan jalan yang berliku iaitu jalan penuh kebahagiaan atau jalan kesengsaraan. Teman yang tidak solat akan menyeret temannya menuju kesesatan dan kerosakan moral. Sekiranya memilih teman yang baik dan mengerjakan solat serta dari keturunan yang terhormat, akan menghantar kepada kebahagiaan samaada di dunia dan akhirat.
Imam Shadiq mencontohkan teman yang baik dengan angin yang menghembus di kebun bunga mawar lalu mnyebarkan semerbak mewangi. Ertinya, dengan teman yang baik kita akan terhibur dan merasa lega dan lapang hati sebagaimana dia terhibur ketika merasakan hembusan angin yang membawa bersama wangian mawar.
Amirul Mukminin Saidina Ali telah berkata :
“ Hati-hatilah kamu berteman dengan orang-orang yang fasik, kerana kejahatan demi kejahatan akan bertemu” Dalam riwayat lain, Saidina Ali juga mengatakan : “ Bertemu dengan orang-orang yang jahat, menyebabkan buruk sangka terhadap orang-orang yang baik “.
Penelitian telah membuktikan bahawa orang yang berkawan dengan kelompok yang baik, melaksanakan solat pada waktunya, bangun mengerjakan solat malam, menjaga hukum-hukum syariat Islam maka natijahnya sikapnya pasti akan berubah dengan jelas.
Firman Allah S.W.T :
Ertinya :
“ Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat macruf, atau mengadakan perdamaian di antara manusia. dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah, Maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar”.
Allah telah menyebut beberapa camal kebajikan yang mewajibkan para pelakunya kekal selama lamanya di dalam syurga Firdaus. Yang berdiri paling depan dari amal kebajikan tersebut iaitu solat, yang terakhir juga solat. Allah puji orang-orang yang beriman. Sifat pertama dari orang beriman yang terpuji itu ialah orang-orang yang memelihara solatnya.
Ringkasnya untuk mendapat seorang kawan yang baik pelajar seharusnya memerhatikan perkara yang utama dahulu iaitu solat kerana segala kebaikan terpancar melalui solat. Di samping solat juga mampu mendidik diri ke arah sahsiah yang baik dalam perhubungan dengan kawan-kawan.
Sebagai maklumat, artikel ini adalaah kajian penulis dengan 100 orang pelajar disamping kajian dari beberapa buah buku, Al-Quran dan tafsiran yang dinyatakan dibawah;
[1] Hj Hasan Muhammad Al Khairun Gozali. 2003. 1001 Mutiara Solat : cAmalan Yang Dirindukan Syurga , hlm 44.
[2] Al-Quran , Surah At Taubah ayat 103
[3] Hj Hasan Muhammad Al Khairun Gozali. 2003. 1001 Mutiara Solat : cAmalan Yang Dirindukan Syurga , hlm 45.
[4] Abdul Rahman Mat Ismail.1996. Roh Sembahyang, hlm 19.
[5] Abdul Rahman Mat Ismail.1996. Roh Sembahyang, hlm 20.
[6] Hj Hasan Muhammad Al Khairun Gozali. 2003. 1001 Mutiara Solat : cAmalan Yang Dirindukan Syurga , hlm 46.
[7] Abu Zahidah.2003.Kepentingan Solat Dalam Kehidupan , hlm 1
[8] Al-Quran Surah An Nisa ayat 103
[9] Al-Quran, Surah Toha ayat 132
[10] Hasnan Kasan et.al. 2005. Sahsiah Pelajar Cemerlang, hlm : 65
[11] Hadis, Riwayat Abu Hasan Al Mawardi
[12] Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmidzi
[13] Al-Quran, Surah Ali Imran ayat 133.
[14] Al-Quran, Surah Al Asr ayat 1-3
[15] Al-Quran, Surah An Nisa ayat 103
[16] Al-Quran, Surah Al Ankabut ayat 45
[17] Al-Quran, Surah Al Anfal ayat 2-4
[18] Al-Quran, Surah Al-Macrij ayat 19-23
[19] Al-Quran, Surah An Nisa ayat 114
2 ulasan:
Assalamualaikum. Terima kasih dan tahniah kerana banyak ilmu yang bermanfaat di sini. Semoga Allah swt memberkati kehidupan sdr.
Assalamualaikum.. syukran & tahniah.artikel yg amat baik utk dikongsi... mohon share ye..:-))
Catat Ulasan