15 April 2009

Akhlak Pelajar Kepada Allah

Pendahuluan
Setiap muslim yang berakal, wajib beriman dan patuh pada segala perintah Allah S.W.T. Ini adalah merupakan matlamat kita bilamana dicampakkan ke dunia. Justeru itu, tidak ada seorangpun yang terlepas daripada menyatakan tanggungjawab mereka kepada Maha Pencipta.Tambahan pula mereka yang bergelar sebagai seorang pelajar. Ini kerana selaku pelajar yang saban hari menuntut ilmu: sudah tentunya lebih terbuka mindanya dan bertambah imannya.


Beriman Kepada Allah
Beriman kepada Allah bererti mengakui, mempercayai atau meyakini bahawa Allah itu wujud dan bersifat dengan sifat yang baik dan Maha Suci dari segala sifat yang buruk.Sebagai seorang hamba Allah, keyakinan dan iktikad terhadap kewujudan dan kekuasaan Allah tidak boleh diragukan.Keyakinan ini menjadi tunjang dan asas dalam penghidupan seseorang muslim.

Beribadah Kepada Allah Dalam Konteks Pelajar
Kepentingan ibadah kepada pelajar :
Boleh menyuburkan keimanan seseorang muslim.Iman yang tidak disirami dengan ibadah akan menjadi lesu dan beransur-ansur hilang.
Ibadah dapat membentuk akhlak dan peribadi kerana orang yang beribadah itu sentiasa melatih diri untuk taat kepada perintah Allah serta mencari keredaanNya dalam semua bidang kehidupan.
Dapat mencorakkan hidup seorang muslim mengikut acuan Allah.

Dalam konteks pelajar,terdapat beberapa ibadah yang menjadi satu tatacara akhlak antara pelajar dengan Allah antaranya:

Melalui ibadah khusus
Menjauhi laranganNya
Menuntut ilmu pengetahuan
Melalui amalan seharian
Redha terhadap ketentuan Allah.

Kesimpulan
Untuk menjadi pelajar yang cemerlang, hubungan baik dengan Allah menjadi perkara pokok dalam kehidupan pelajar. Hubungan baik yang terjalin ini akan membentuk akhlak mahmudah seperti amanah,rajin dan sebagainya dalam diri pelajar itu. Selain itu, mempunyai akhlak pelajar yang baik kepada Allah S.W.T. serta dapat membina jati diri muslim sejati dalam diri seseorang pelajar.

Tiada ulasan: