16 April 2009

Kembali kepada Al-Quran

Wahai muslim dan muslimat sekelian...Marilah kita bersama-sama kembali kepada Al-quran yang ditinggalkan oleh Nabi SAW. Marilah kita kembali berpegang kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah SWT untuk panduan umat akhir zaman ini. Tidakkah kita lihat betapa umat masakini masing-masing semakin lupa akan kepentingan Al-quran dalam kehidupan seharian kita?Kita semua sibuk dengan urusan dunia yang hanya melekakan kita dari mengingati Allah,kita sibuk dengan mencari keseronokan dunia yang tidak ada penghujungnya.Tiada ruginya jika kita sentiasa membaca Al-quran, jika kita sentiasa mempelajarinya, jika kita sentiasa mengkajinya dan jika kita sentiasa mengamalkan apa yang terkandung didalam Kitabullah itu...Ingatlah sabda Nabi tentang kepentingan membaca Al-quran yang maksudnya..Hadis Abdullah bin Mas'ud lah.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sangat buruk sekali apabila seseorang daripada kamu mengatakan saya lupa ayat ini, ayat ini, tetapi sebenarnya dia dilupakan. Sentiasalah membaca Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu lebih mudah hilang dari dada manusia berbanding dengan unta yang tercabut tali ikatan dari sendi kakinya (Bangsa Arab biasanya mengikat sendi unta semasa unta duduk supaya unta tersebut tidak lari)Dalam hadis yang lain,baginda juga bersabda tentang kelebihan mengajarkan Al-quran :Hadis Abdullah bin Mas'ud lah.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan tapi dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya (dengan kebenaran) serta mengajarkannya kepada orang lain.Oleh yang demikian wahai insani...marilah kita menyahut seruan Nabi kita..marilah kita kembali kepada Al-quran ...dengan membacanya,mengkaji dan mengamalkannya serta mengajarkannya kepada orang lain..Sekian,salam ukhwah untuk semua.


Artikel ini datangnya dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.comhttp://www.ukhwah.com/URL untuk Artikel ini:http://www.ukhwah.com/article.php?sid=2304

Tiada ulasan: