Pengenalan
Seperti yang telah diketahui, kitab Ayyuhal walad juga dikenali dengan Al Risalah Al Waladiah adalah merupakan karangan al Imam al Ghazali r.a yang telahpun diterjemah dengan pelbagai bahasa.Kitab ini ditulis sebagai membalas kepada sepucuk surat yang telah dihantar oleh salah seorang murid beliau dengan harapan agar Al Imam Al Ghazali dapat menulis sepucuk surat yang merupakan satu wasiat yang ditujukan khusus kepadanya.Jadi Imam Al Ghazali dengan segala ikhlas hati telahpun membalas surat tersebut dan telahpun memasukkan beberapa kata nasihat yang cukup berguna buat muridnya juga kita.( Pengarang sedang berusaha mengkaji dan mencari nama anak murid Al Imam Al Ghazali yang mengirim sepucuk surat kepada beliau, tapi sehingga kini belum berhasil ) Oleh yang sedemikian, di atas kesedaran pengarang berhasrat untuk turut mempamerkan kepada khalayak berkenaan nasihat-nasihat yang telah disampaikan dengan harapan mudah-mudahan kita dapat memperbetulkan apa-apa yang bersalahan sebelumnya.
Nasihat Pertama : Waktu Itu Adalah Kehidupan.
Wahai Anakku Yang tercinta ;
Anatara nasihat Rasulullah kepada umatnya ialah seperti hadis Baginda:
علامة إعراض الله تعالى عن العبد ، اشتغاله بما لا يعنيه ، وإن امرأ ذهبت ساعة من عمره ، في غير ما خلق له من العبادة ، لجدير أن تطول عليه حسرته ، ومن جاوز الأربعين ولم يغلب خيره على شره فليتجهز إلى النار.
Maksudnya :
Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tiada berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada perkara yang bukan tujuan hidupnya (beribadah kepada Allah) maka layaklah penyesalan (di hari Kiamat nanti) dan sesiapa yang umurnya lebih daripada 40 tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api Neraka.
Nasihat Kedua : Bagaimana Kita Sepatutnya Menerima Nasihat?
Wahai Anakku Yang tercinta ;
Sesungguhnya memberi nasihat itu adalah tugas mudah tetapi menerima nasihat itu amat sukar dan berat.Ini adalah kerana menurut kata nasihat adalah suatu perlaksanaan yang sangat pahit lantaran runtunan hawa nafsu yang melekakan.Jadi bilamana kita menyedari hakikat ini tugas kita adalah berusaha menjadikan diri kita antara golongan yang sanggup menerima apa jua kata nasihat sekalipun pahit untuk kita menerimanya.Bahkan kita juga dituntut agar menyampaikan ilmu kepada orang ramai.Rasulullah telah bersabda :
أشد الناس عذابا يوم القيامة ، عالم لا ينفعه الله بعلمه.
Ertinya :Orang yang paling pedih seksaannya pada hari kiamat nanti ialah seorang alim yang tidak memberi manfaat akan dia oleh Allah dengan ilmunya.
Nasihat Ketiga : Ilmu Itu Tidak Berguna Jika Tidak Diamalkan.
Wahai Anakku Yang tercinta ;
Jaganlah engkau menjadi orang yang muflis pada amalnya dan jaganlah enkau jadikan dirimu itu kosong daripada perkara yang berfaedah dan yakinlah sesungguhnya ilmu semata-mata belum menjamin keselamatanmu dikhirat kelak.Mafhum daripada kenyataan di atas itu adalah : ilmu tanpa amal tidak akan berguna.Ilmu akan menjadi berfaedah bilamana kita mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.Kita juga dituntut supaya mengisi jiwa yang kosong dengan berusaha menuntut ilmu.Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi :110
فمن كان يرجوا لقآء ربه فليعمل عملا صلحا
Ertinya :
Maka sesiapa yang mengharap akan bertemu Tuhannya, maka hendaklah ia beramal akan amalan yang soleh.
Sesungguhnya dalil berkenaan tuntutan agar kita beramal dengan ilmu banyak sekali.(Pengarang hanya masukkan 1 dalil sahaja namun bagi yang ingin merujuk dalil-dalil yang lain sila perhatikan pada Surah An Najm : 39, Surah At-Taubah : 82, Surah Al-Kahfi : 107-108, Surah Al-Furqan : 70 dan lain-lain lagi)
Nasihat Keempat : Kadar Balasan Mengikut Kadar Amalan.
Wahai Anakku Yang tercinta ;
Selama mana engkau tidak beramal maka selama itulah engkau tidak mendapat pahala.Sebagai rujukan kita bersama mari sama-sama kita perhatikan Hadis berikut.Sabda Rasulullah S.A.W :
حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا، وزنوا أعمالكم قبل أن توزنوا.
Ertinya :
Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab, dan timbanglah amalanmu sebelum kamu ditimbang.
Dan berkata Saidina Ali K.W.
من ظن أنه بدون الجهد يصل فهو متمن ، ومن ظن أنه ببذل الجهد يصل فهو مستغن .
Ertinya :Siapa yang menyangka bahawa tanpa usaha ia akan dapat masuk ke dalam Syurga maka orang itu hanya berangan-angan sahaja dan siapa yang menyangka bahawa hanya dengan usaha sahaja ia akan masuk ke dalam Syurga maka orang itu telah merasa kaya daripada rahmat Allah.
Dan bersabda Rasulullah S.A.W :
الكيس من دان نفسه ، وعمل لما بعد الموت ، والأحمق من اتبع هواه وتمنى على الله تعالى الأمانى
.Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghitung dirinya dan beramal untuk kehidupan sesudah matinya.Dan orang yang bodoh ialah orang yang sentiasa mengikut kehendak hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan untuk mendapatkan kemurahan Allah ta’ala.
Nasihat Kelima : Ikhlaskan Niat.
Wahai Anakku Yang tercinta ;
Berapa banyakkah daripada malam-malam yang telah engkau penuhkan dengan berjaga untuk mengulangkaji dan menatap kitab dan berapa lama engkau telah menahan tidur. Aku tidak pasti apakah niat yang mendorong engkau berbuat demikian, apakah hanya semata-mata mencari keuntungan dunia, menghimpun segala mata benda dan mencapai kedudukan yang tertinggi serta berbangga dengan kebolehan mu di hadapan kawan-kawan. Jika ini niatmu maka engkau akan rugi srugi-ruginya.
Namun seandainya niatmu itu adalah untuk menghidupkan segala syariat Nabi Muhammad S.A.W.dan berusaha memperbaiki akhlakmu, serta berusaha memecahkan monopoli keinginan nafsumu yang sering terangsang ke arah kejahatan, maka beruntunglah engkau seribu keuntungan.Seorang ahli syair telah berkata :
سهر العيون لغير وجهك ضائع
وبكاؤهن لغير فقدك باطل
Ertinya :Berjaga malam kalau bukan kerana zatMu adalah sia-sia dan menangis kalau bukan kerana kehilanganMu adalah tidak berguna.
Nasihat Keenam : Hakikat Hidup, Cinta & Amal.
Wahai Anakku Yang tercinta ;
عش ما شئت فإنك ميت ، وأحبب ما شئت فإنك مفارقه ، واعمل ما شئت فإنك مجزي به .
Ertinya :
Hiduplah engkau sesuka hatimu kerana engkau pasti akan mati dan cintailah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau pasti akan berpisah dengannya dan buatlah apa sahaja yang engkau kehendaki kerana engkau akan dibalas mengikut amal perbuatanmu.
Bersambungggg
Tiada ulasan:
Catat Ulasan