
Islam mempunyai perinsip-perinsipnya yang tersendiri.Ianya perlu dipatuhi oleh setiap umat Islam di dalam menjalani kehidupan seharian.Perinsip Islam yang telah digariskan adalah bagi menjaga dan memelihara agama,akal, keturunaan dan harta.Peraturan tersebut adalah selari dengan fitrah asal kejadian yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t.Dan hal tersebut telahpun didapati dalam diri Insan Rabbani.
b. Kekuatan politik yang stabilInsan yang Rabbani telahpun berjaya menjadikan kerajaan bagi sesebuah negara memimpin,mengurus dan mentadbir dengan berkesan.Dengan adanya kepimpinan yang berteraskan syariat maka lahirlah kepimpinan yang berwibawa yang membawa kepada visi,misi,matlamat dan objektif yang terancang, berjangkamasa dan mempunyai sasaran yang tepat dapat dibentuk dan dilaksanakan.Perundangan yang mantap dan terjamin adil tidak akan dipertikaikan lagi.(Abu Irdak,2004)
c. Pertahanan dan keamanan dalam negeriMenurut al-Mawardi (1990) di dalam kitab al-Ahkam al-Sultaniyyah,yang berkaitan perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab sesebuah kerajaan Islam ialah :
" Memberi perlindungan kepada rakyat dan mempertahankan kesucian (diri,harta benda dan agama) supaya rakyat dapat menjalankan kehidupan dan bergerak ke seluruh pelusuk negara dengan merasa aman dari sebarang pencerobohan ke atas diri dan harta benda mereka, mengawal sempadan negara dengan menyediakan pasukan tentera yang kuat, yang mampu mempertahankan negara dan mengusir penceroboh "
Insan yang Rabbani telahpun melaksanakan segala tugasnya dengan cemerlang bersesuaian dengan tuntutan syariat Islam.Firman Allah Maksudnya :
" Dan sediakan untuk menghadapi mereka apa sahaja kekuatan yang kamu mampu, dan pasukan berkuda (yang dengan persiapan itu) kamu dapat menggerunkan musuh Allah s.w.t. dan musuh kamu "
(Surah al-Anfal :60)
Berdasarkan ayat tersebut menjadi satu tuntutan kepada sebuah negara Islam agar menyediakan pasukan tentera yang mampu menggerunkan pihak musuh.Dan hal tersebut telah menjelaskan kepada kita bahawa sebuah negara Islam wajib mempunyai barisan tentera Islam yang lebih kuat daripada negara yang bukan Islam. Ianya amat diperlukan bagi menjaga keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran agar dapat dikekalkan. Justeru itu bagi memenuhi tuntutan tersebut Insan Rabbani diperlukan bagi menyahut perintah Allah s.w.t. itu.
d. Pembangunan ekonomi dalam pelbagai sektor
Keperluan kepada harta benda dalam diri seseorang muslim adalah satu keutamaan yang tidak boleh ditolak.Islam sendiripun tidak menolak untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapat segala keperluan tersebut. Walau bagaimanapun Islam telah mengariskan usaha tersebut hendaklah selari dengan tuntutan syariat.Justeru itu,pembangunan ekonomi boleh dicapai secara kolektif bilamana setiap muslim mengamalkan apa yang telahpun digariskan oleh Allah s.w.t.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan