Berita mutakhir,pada permulaan bulan Januari, paling menyayat hati.Sebahagian besar daripada bandar raya Port-au-Prince, Haiti musnah sama sekali akibat dilanda gempa bumi berskala 7.0 Richter.Melalui berita bergambar, boleh dilihat mayat-mayat mangsa yang dianggarkan melebihi 100,000 orang bergelimpangan dari celah-celah runtuhan bangunan yang masih belum dapat dikeluarkan.Haiti diselubungi suasana ngeri.
Mangsa yang terselamat dalam keadaan terkejut dan bingung,menangis dan meraung-raung meminta pertolongan.Ada yang menjerit memanggil nama sanak saudara dengan harapan masih terselamat dari bencana tersebut. Malahan menurut laporan (Utusan Malaysia,halaman pertama) menyatakan bahawa malapetaka tersebut menyamai tragedi Tsunami Asia pada 2004.
Manakala berita di Yemen,Sanaa.Majlis Ulama Yemen menyeru kepada seluruh rakyatnya agar melancarkan jihad sekiranya Amerika Syarikat berkemungkinan menghantar askar yang kononnya untuk meyertai kempen Sanaa bagi memburu saki baki al-Qaeda.Menurut berita yang dipetik dari Utusan Malaysia, halaman 18,bahawa seruan jihad itu terkandung dalam satu kenyataan yang telah ditandatangani oleh lebih daripada 150 orang ulama di negara tersebut.Mereka menegaskan bahawa "jika mana-mana pihak yang berkeras ingin menyerang atau memasuki negara ini,menurut Islam,jihad menjadi satu keutamaan"
Meneliti suasana gawat di Haiti, dan campurtangan tentera asing di bumi Yemen, saya mengajak pembaca melihat jauh di sebalik jendela.Maksud saya adalah dari segi persediaan menuju dunia akhirat yang lebih kekal abadi.Tidak terfikirkah kita bahawa keadaan gawat tersebut lebih menjadikan kita kerdil jika hendak dibandingkan dengan kekuasaan Allah SWT.Tidakkah kita sedar,di akhir-akhir ini terlalu banyak malapetaka yang Allah turunkan.Bagaimanakah seandainya keadaan tersebut berlaku kepada kita.BERSEDIAKAH KITA ????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan