17 November 2008

Wahai Anakku Yang Tercinta

WAKTU ITU ADALAH KEHIDUPAN
Sebahagian daripada nasihat Rasulullah saw kepada umatnya ialah : "Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan tujuan hidupnya ( iaitu beribadah kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya ( pada Hari Kiamat nanti ) dan sesiapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka"
Marilah sama-sama untuk kita teliti akan kata-kata tersebut supaya kita lebih bersedia dan berawas pada hari-hari yang akan kita tempuhi kelak.
BAGAIMANA SEPATUTNYA KITA MENERIMA NASIHAT
Semua sudah sedia maklum bahawa memberi nasihat adalah satu perkara yang cukup mudah. Yang payah dan sukar itu adalah menerima dan melaksanakan nasihat tersebut. Ia seumpama : berusaha membina kejayaan cukup sukar berbanding menerima kegagalan.Menerima nasihat adalah pahit kerana dipengaruhi oleh runtunan hawa nafsu yang merosakkan. Nafsu sangat mencintai perkara-perkara yang dilarang .
ILMU ITU TIDAK BERMANFAAT MELAINKAN BILA DIAMALKAN
Seseorang itu dianggap sebagai muflis bilamana kosong ilmunya juga kosong amalnya. Justeru itu tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kemudian beramallah dengan ilmu tersebut.Ilmu disamping beramal akan bertambah.Bertambah dari segi kefahaman terhadap sesuatu cabang ilmu mahupun bertambah dari segi keberkatan Allah di dunia dan di akhirat.
Maksud Firman Allah Surah Al-Kahfi : 107-108 :
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah Syurga "Jannatul Firdaus" itu sebagai tempat tinggal mereka.Mereka kekal di dalamnya dan mereka sudah tidak mahu lagi mencari tempat yang lain daripadanya sebagai gantinya".
Maksud Firman Allah Surah Al-Furqan : 70 :
" Kecuali ( tidak masuk Neraka ) orang yang bertaubat dan beriman serta beramal dengan amal yang soleh ".














Bersambungg..

Tiada ulasan: