24 Mac 2009

RAHSIA HIJRAH (Rahsia Bulan-Bulan Islam serta Pengertiannya)

Jika ditinjau 12 bulan-bulan Islam seperti yang telah dinyatakan maksudnya dari Firman Allah S.W.T melalui Surah At-Taubah ayat 36 adalah seperti berikut :

1. Muharram : ertinya yang diharamkan atau dipantangkan kerana dalam bulan ini dilarang menumpahkan
darah.Larangan ini berjalan terus sampai datangnya permulaan Islam yang telah memansuhkannya.


2. Safar : ertinya kosong atau kuning. Dalam bulan ini semua lelaki berbangsa Arab keluar meninggalkan rumah sama ada berperang, berniaga,mengembara atau sebagainya.


3. Rabi’ul Awal : Rabi’ ertinya menetap.Awal ertinya pertama. Dalam bulan ini semua lelaki yang tadinya keluar meninggalkan rumah sudah kembali berada di rumah masing-masing.


4. Rabi’ul Akhir : Rabi’ ertinya menetap.Akhir ertinya penghabisan.Bulan ini bermaksud berakhirnya semua orang lelaki untuk berada bersama-sama keluarga di rumah masing-masing.


5. Jumadil Awal : ertinya kering atau beku.Dalam bulan ini orang Arab dahulu telah mengalami kekeringan air atau air menjadi beku.Parit, sungai dan lembah menjadi kering.


6. Jumadil Akhir : ertinya penghabisan atau beku penghabisan.Mereka telah mengalami kekeringan air untuk kali yang terakhir.


7. Rejab : ertinya mulia. Bangsa Arab dahulu telah memuliakan bulan ini dengan empat cara :


7.1 Pada 1 Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai korban.


7.2 Pada 1 Rejab juga mereka akan membuka pintu kaabah pada sebelah siang dan malam agar mereka dapat beribadah dengan sepuasnya.


7.3 10 Rejab mereka kembali menyembelih seekor unta sebagai korban tetapi bukan anak unta.


7.4 Diharamkan berperang.


8. Syaaban : ertinya berserak-serak. Dalam bulan ini orang-orang Arab zaman dahulu berserak-serak ke lembah-lembah mencari air disebabkan kekeringan air.Dinamakan juga berserak-serak untuk mencari kebajikan.


9. Ramadan : ertinya panas terik atau terbakar. Cuaca pada bulan ini di Jazirah Arab sangat panas terik seolah-olah api yang sedang membakar.


10. Syawal : ertinya naik. Pada bulan ini bila orang Arab hendak naik unta dipukulnya belakang unta lalu ekornya naik.


11. Zulqa’idah : Zul ertinya empunya Qai’dah ertinya duduk.Bulan ini semua lelaki tinggal di rumah tidak ada yang bermusafir atau keluar mengembara.


12. Zulhijjah : Zul ertinya empunya Hijjah ertinya Haji. Dalam bulan ini seluruh umat Islam mengerjakan haji.

Tiada ulasan: