27 Januari 2010

Mengapa Saya Harus Bertaubat?

Pernahkah anda membaca buku dengan judul Mengapa Saya Harus Bertaubat? Ianya sebuah buku yang asalnya dari Bahasa Arab : Kaifa Atubu yang dikarang oleh Muhammad Husain Yakub.Meneliti daripada judul buku ini, ianya agak santai. Maksud ana judulnya mudah bukannya persoalan yang berat.Setelah dibaca halaman demi halaman pengisiannya mula mencuri minat ana.Setiap inci mengupas dengan jalan yang rengkas dan dibantu contoh-contoh yang simple lantas menjadikan buku yang seharusnya dimiliki oleh setiap orang. (bukannya promosi tapi itulah hakikatnya).Sebagai rujukan kita bersama, ana datangkan beberapa isi yang ana rasakan penting untuk kita hayati.Antara pengisiannya adalah tujuh perkara penghalang kepada taubat:

1. Hati Masih Terikat Dengan Dosa-dosa.

Penghalang kepada taubat adalah kerana hati masih sayang dan terikat dengan dosa. Meninggalkannya satu kerugian yang bersangatan. Contohnya seumpama perempuan,rokok, bongkak, sombong dan seumpamanya. Hati bilamana terikat biasanya sukar untuk dibuang tetapi berterusan bergantung dengannya.Justeru itu, hati sentiasa berada dalam keadaan kotor dan maksiat.Jika hati sudah kotor dengan segala macam dosa, tidak mungkin berbekas untuk menerima taubat sebagai satu jalan penyesalan.Walaubagaimanapun kita masih diberi ruang agar kita berusaha mengubati hati yang lebih terarah kepada dosa itu dengan cara:

a. Melupakan Dosa

Melupakan dosa bermaksud: berusaha melupakan dosa-dosa yang telah dilakukan pada masa lampau kerana mengingati dosa-dosa yang lalu, ditakuti boleh membangkitkan naluri untuk kembali melakukan perkara-perkara yang kotor dan hina itu.

b. Meninggalkan Tempat-tempat Maksiat

Hati yang berhajat kepada taubat hendaklah meninggalkan tempat maksiat dan jangan sekali-kali kembali kepadanya.Sesungguhnya terikatnya hati kepada tempat maksiat,merupakan gambaran tersisihnya diri dari menerima Allah SWT.Oleh itu, sekiranya mahu menjaga taubat individu itu seharusnya meninggalkan tempat-tempat maksiat.

c. Mengganti Persahabatan

Rakan turut sama memberikan nilaian saham pada kita.Kawan yang baik akan mengajak kearah kebaikan manakala rakan yang rosak akan turut sama memberikan saham dosa kepada kita.Oleh kerana itu,bagi yang ingin bertaubat kepada Allah SWT wajib mencari rakan yang baik.

d. Merasakan Nikmat dan Kelazatan Taat

Nikmat dan kelazatan taat kepada setiap perintah Allah SWT hanyalah dirasakan bagi sesiapa yang mengamalkannya.Kesan tersebut tidak akan dirasakan kepada sesiapapun dan tidak mampu digambarkan melainkan individu itu sendiri yang berhak untuk mendapat kesannya.Contohnya, pernahkah kita merasai betapa tenteramnya jiwa setelah berjaya melaksanakan solat lima waktu tepat pada masanya?

e. Menyibukkan Diri Dengan Kebaikan

Hati yang kosong memberikan ruang yang luas kepada perkara-perkara yang rosak dan mengurangkan iman.Sebaliknya hati yang penuh diisi dengan baja keimanan akan menambahkan kekuatan rohani.Justeru itu, hati sentiasa subur dan hanya menyintai Allah semata-mata.



Bersambungg..

Tiada ulasan: