17 November 2008

Islam Sebagai AD Din

Islam agama yang diredai oleh Allah S.W.T. agama yang memimpin manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dan merupakan sebesar-besar nikmat Allah S.W.T. kepada umat manusia. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
Terjemahan :
Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu ( Islam ) dan Aku telah mencukupi nikmat Ku kepadamu dan telah Aku redai Islam itu din ( agama ) kamu.
(Surah al-Maidah :3)
Ayat ini jelas menerangkan Allah telah menyempurnakan Islam sebagai Ad-Din untuk kepentingan dan faedah manusia, demi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Islam merupakan sebesar-besar nikmat yang dikurniakan Allah kepada hambanya-hambaNya dan tiada nikmat yang lebih besar daripada itu.Allah S.W.T juga menegaskan yang reda Islam untuk menjadi agama seluruh umat manusia. Ini bermakna Islam itu sempurna untuk dijadikan panduan hidup individu, keluarga,masyarakat dan negara.Islam itu adalah yang teratas dan menjadi rujukan bagi setiap perkara.Perundangan Islam itu adalah bersih lagi murni menentang syirik dan kekufuran.Ia sudah tentunya menjadi pegangan tertinggi.Islam itu adalah merupakan titik tolak untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Allah telah berfirman yang maksudnya :
Terjemahan :
"Sesungguhnya agama yang diredai di sisi Allah S.W.T. ialah Islam,tidak berselisih orang-orang yang diberikan kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian (antara mereka). Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabnya.Kemudian jika mereka berbahas dengan kamu (tentang kebenaran Islam) maka katakanlah aku menyerah diri kepada Allah (demikian pula ) orang-orang yang mengikuti aku.Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi kitab dan kepada orang-orang yang ummi (yang tidak pandai membaca dan menulis) , apakah kamu mahu masuk Islam, jika mereka masuk Islam sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk dan jika berpaling maka kewajipan kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat) dan Allah maha melihat hamba-hambaNya".
(Surah Ali-Imran :19-20)
Artikel ini diambil pada buku Institusi pentadbiran Undang-undang & Kehakiman Islam karangan Mahmud Saedon A.Othman

Wahai Anakku Yang Tercinta

WAKTU ITU ADALAH KEHIDUPAN
Sebahagian daripada nasihat Rasulullah saw kepada umatnya ialah : "Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan tujuan hidupnya ( iaitu beribadah kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya ( pada Hari Kiamat nanti ) dan sesiapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka"
Marilah sama-sama untuk kita teliti akan kata-kata tersebut supaya kita lebih bersedia dan berawas pada hari-hari yang akan kita tempuhi kelak.
BAGAIMANA SEPATUTNYA KITA MENERIMA NASIHAT
Semua sudah sedia maklum bahawa memberi nasihat adalah satu perkara yang cukup mudah. Yang payah dan sukar itu adalah menerima dan melaksanakan nasihat tersebut. Ia seumpama : berusaha membina kejayaan cukup sukar berbanding menerima kegagalan.Menerima nasihat adalah pahit kerana dipengaruhi oleh runtunan hawa nafsu yang merosakkan. Nafsu sangat mencintai perkara-perkara yang dilarang .
ILMU ITU TIDAK BERMANFAAT MELAINKAN BILA DIAMALKAN
Seseorang itu dianggap sebagai muflis bilamana kosong ilmunya juga kosong amalnya. Justeru itu tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kemudian beramallah dengan ilmu tersebut.Ilmu disamping beramal akan bertambah.Bertambah dari segi kefahaman terhadap sesuatu cabang ilmu mahupun bertambah dari segi keberkatan Allah di dunia dan di akhirat.
Maksud Firman Allah Surah Al-Kahfi : 107-108 :
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah Syurga "Jannatul Firdaus" itu sebagai tempat tinggal mereka.Mereka kekal di dalamnya dan mereka sudah tidak mahu lagi mencari tempat yang lain daripadanya sebagai gantinya".
Maksud Firman Allah Surah Al-Furqan : 70 :
" Kecuali ( tidak masuk Neraka ) orang yang bertaubat dan beriman serta beramal dengan amal yang soleh ".














Bersambungg..

11 November 2008

Buat Alumni Ma'ahad SAS

Terima kasih dari ana buat semua.Sesungguhnya segala komen,tunjuk ajar dan segala-gala adalah sesuatu yang amat bernilai buat ana khususnya untuk memperbaiki lagi mutu blog ini agar menjadi penghubung kepada bekas student Ma'ahad SAS maklumlah hendak berjumpa secara bersemuka mungkin suatu benda yang agak mustahil.Ini memandangkan kita sekarang berjauhan dan masing-masing mempunyai tugas yang berbeza dan kesuntukan masa. Jadi, menjadi tanggungjawab ana melaporkan berita semasa agar kita tahu dan jika perlu turun ke gelanggang membantu adik-adik pelajar dalam memburu masa depan agar terus gemilang dalam semua aspek bukan sahaja dalam bab pelajaran bahkan dalam bidang pekerjaan. Insya Allah.Ana juga akan sertakan foto: mengembalikan kenangan silam moga dengan tindakan tersebut menjadikan kita sentiasa rapat dan mesra seolah-olahnya kita masih berada di bumi Ma'ahad SAS yang kita sayangi ini.Untuk itu, ana amat berterima kasih dan mengalu-alukan bagi x Ma'ahad SAS yang menghantar artikel dan bahan bergambar serta foto di dalam Blog ana ini. Sesungguhnya segala jasa baik dan sumbangan itu hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Bermacam-macam idea dan pandangan yang telah ana terima dari x Ma'ahad SAS. Ada yang menghubungi ana melalui talian email dan mengsyorkan agar laman Blog ini menyiarkan Foto beliau bagi mencari calon isteri, mencari kawan-kawan yang terputus hubungan dan tidak kurang juga yang inginkan foto guru dan ustaz/ustazah tertentu.Bila ditanya untuk apa? katanya sebagai simpanan peribadi.Ana rasa perlu diperjelaskan di sini bahawa tujuan Blog ini diwujudkan adalah untuk:-
1. MEMBANTU DALAM MEMAHAMI AJARAN AGAMA ISLAM
2. SEBAGAI MEWARISI SIFAT JUNJUNGAN BESAR NABI KITA (BERDAKWAH)
3. MEMBERIKAN INFO TERKINI BERKENAAN MA'AHAD SAS
3. MERAPATKAN TALI PERSAUDARAAN GURU + STUDENT MA'AHAD SAS
Sehubungan dengan itu diharapkan pengunjung Blog khususnya x Ma'ahad SAS faham tujuan murni tersebut.Ana juga ingin memaklumkan di sini bahawa urusan mengemaskini blog ini agak tergendala sedikit (lembab) kerana ana bercuti dan akan balik ke kampung ana di Pekan Pahang.Di kampung pulak tidak ada talian internet. Jadi Insya Allah kita akan berjumpa pada masa awal persekolahan dengan info-info terkini.
Terima kasih juga ana kepada Tukul Besi, Solehah, Zarimi, Afifzahrah, Zulkefli, Yana dan lain-lain lagi pengunjung di harap sudilah ziarah lagi bersama dengan idea-idea yang bernas. Insya Allah.

09 November 2008

Ma'ahad SAS - edisi album kenangan 2007

5 Hisyam
5 Farobi
5 Rusyd
5 Kindi
5 Ibn Sina





Kenangan bersama sukar untuk dilupakan.Kenangan inilah menjadikan betapa bernilainya persahabatan.