08 Januari 2009

Amalan-amalan Yang Sepatutnya Kita Lakukan di Sepanjang Hari

1. Bangun Dari Tidur

Setelah kita berpenat di siang hari, kita akan berehat dan tidur pada sebelah malamnya.Esok kita akan tersedar dan bangun dari tidur.Persoalannya berapa ramai di kalangan individu Muslim yang sepatutnya mengikut adab-adab Islam yang di mulai dari bangun dari tempat tidur.Sebagai panduan bersama mari kita cuba perhatikan beberapa adab (sekadar menyebut sebahagian adab sahaja):-

1.1 Membaca Doa’
1.2 Adab Masuk Bilik Air Dan Tandas.
1.3 Adab Keluar Dari Tandas
1.4 Adab Yang Berkaitan Dengan Arah
1.5 Adab Gosok Gigi

1.1 Membaca Doa’

Secara ringkas cara dan adab-adab berdoa’ adalah seperti berikut :-

· Berdoa dengan hati yang penuh khusyuk dan yakin.
· Dengan penuh rasa rendah diri.
· Melahirkan kehinaan dan kelemahan diri.
· Hendaklah didahului memohon keampunan dan bertaubat atas dosa yang telah dilakukan.
· Baik sangka terhadap Allah S.W.T.
· Hendaklah menunaikan segala perintah Allah S.W.T.
· Membesarkan Allah.
· Mengadap ke arah kiblat.
· Merendahkan suara.
· Diulang tiga kali pada tempat-tempat yang perlu dan mustahak.
· Menadah kedua belah tangan.
· Yakin doa’ tersebut didengar dan akan diperkenankan oleh Allah S.W.T.
· Memulakan dengan memuji Allah dan bersalawat ke atas Rasulullah.


Sebelum kita membicarakan berkenaan adab di dalam memberus gigi, kita juga seharusnya membincangkan adab-adab masuk dan keluar dari bilik air atau tandas serta kaitan antara keduanya.Ini adalah kerana bilik air dan tandas merupakan tempat permulaan langkahan kaki. Mari kita mulakan.

1.2 Adab Masuk Bilik Air Dan Tandas.

· Memakai alas kaki contoh seperti selipar.
· Menutup kepala dengan sesuatu umpama kopiah,kain dan seumpamanya.
· Melangkah masuk dengan kaki kiri sambil berdoa :

Maksudnya :
Aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatan Syaitan jantan dan Syaitan betina.

· Jangan sekali-kali membawa masuk barang-barang yang dimuliakan seperti lembaran al-Quran,nama-nama Allah dan para nabi.
· Jangan bercakap di dalam tandas.
· Duduk bertenggong ketika membuang air.(akan diperincikan kemudian)
· Jangan berludah di dalam tandas.
· Jangan makan,minum juga merokok di dalam tandas.
· Berdehem-dehem ketika hampir selesai membuang air agar benar-benar lawas.
· Ringkaskan masa berada dalam tandas.
· Beristinjak dengan menggunakan air yang bersih.


1.3 Adab Keluar Dari Tandas

· Bersihkan kaki dan tangan terlebih dahulu.
· Melangkah keluar dengan mendahului kaki kaki kanan.
· Berdoa’

Maksudnya :
Aku mengharapkan keampunan dari Engkau (Ya Allah). Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan penyakit-penyakit dari diriku dan memberi kesihatan padaku.

· Mengambil wudhuk sekiranya mengangkat hadas kecil.


1.4 Adab Yang Berkaitan Dengan Arah

Haram menghadap kiblat atau membelakanginya sekiranya di tempat lapang dan tidak ada pelindung yang melindungi auratnya. Begitu juga haram berbuat demikian di dalam binaan yang bukan disediakan untuk tempat buang air dan tidak memenuhi syarat-syarat perlindungan seperti di atas. Disyaratkan jarak di antara pelindung tersebut dengannya tidak melebihi tiga hasta iaitu bersamaan kira-kira 150 cm. Jika binaan tersebut memang disediakan untuk tempat buang air maka harus menghadap kiblat atau membelakanginya.

1.5 Adab Gosok Gigi

· Hendaklah menggunakan alatan yang bersih lagi suci.
· Sunat dipegang dengan tangan kanan.
· Mulai menggosok dari atas sebelah kanan ke kiri gigi.
· Menggulangi menggosok dalam bilangan yang ganjil.
· Sunat memberus gigi pada waktu-waktu yang disunatkan iaitu : selepas bangun dari tidur, sebelum solat,sebelum berwudhu, ketika berubah bau mulut, sebelum membaca al-Quran dan sebelum berkutbah atau ceramah.

Wajarkah Sambutan Tahun Baru

Tahun 2008 telah melabuhkan tirainya. Seperti di tahun-tahun sudah kita telah dihidangkan dengan pelbagai program menarik.Bermula dengan program pada peringkat kebangsaan hinggalah ke peringkat negeri. Media elektronik dan media massa menjadi medium utama dalam memaparkan agenda sambutan tahun baru. Iklan-iklan telahpun dikeluarkan dan dihebahkan kepada seluruh warga Malaysia.Di kota mahupun di desa semuanya maruf akan program yang bakal disambut pada detik 12 tengah malam itu. Kegembiraan jelas terpancar di setiap wajah, seolah-olah akan dapat Durian Runtuh pada setiap isi rumah. Tua, muda telah memasang impian akan keluar ke bandar bagi merakamkan detik-detik indah di tahun akhir 2008.

Kawasan-kawasan awam seperti kedai makan, taman bunga, panggung wayang dan pasar raya menjadi tempat tumpuan. Para peniaga mengambil peluang dengan menawarkan pelbagai pekej menarik.Antaranya jualan murah (walaupun pada hakikatnya tidak murah),cabutan bertuah dan pelbagai lagi.Maka berpusu-pusulah bagi pihak Cik Kiah untuk merebut peluang harga runtuh dan beberapa pekej menarik. Manakala Abang Man, mewakili pihak suami menunggu dengan penuh tabah dan sabar : setahun sekali, apa salahnya.Kawasan letak kereta semakin penuh dengan lautan kereta. Ada kalanya sehingga menimbulkan pegaduhan.Pertandingan karoke dan nyanyian mulai mendapat tempat.Bagi muda-mudi, inilah saat yang amat dinantikan.Justeru itu, taman bunga menjadi tempat bagi melepas rindu dendam.Sambutan Tahun Baru setahun sekali.Oleh itu, bergembiralah semahunya. Walaupun terpaksa mengorbankan marwah dan harga diri sebagai seorang Islam.

Menjelang detik 12 malam, pengarang sempat meninjau beberapa program di siaran TV tempatan.Walaupun ketika itu badan agak keletihan kerana baharu sahaja pulang dari mengahadiri sesi taklimat kerjaya di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang di Kuantan, namun digagahi juga diri dengan harapan moga-moga program pada kali ini berbeza (berfaedah) berbanding sambutan tahun baru pada tahun lepas.Tetapi harapan tersebut ternyata meleset. Keadaannya tetap sama kita tetap dihidangkan dengan lambakan program hiburan yang melekakan dan melalaikan.Antaranya Majlis Sambutan Ambang 2009 anjuran AmBank di Dataran Merdeka. Artis (sekadar menyebut beberapa orang sahaja) seperti Hujan,Mawi,Estranged, Suki dan M.Nasir menghiburkan penonton dengan nyanyian, tarian dan aksi-aksi sampah yang tidak layak ditonton oleh orang Islam.Aksi-aksi riang gembira ini seolah-olah menenggelamkan beberapa episod duka penutup tahun 2008.Masih ingatkah lagi kita dengan kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Ulu Kelang.Dan yang paling besar adalah serangan tentera Israel ke atas penduduk awam Palestin yang mengorbankan ramai nyawa yang tidak berdosa ; kanak-kanak, orang-orang tua dan wanita.Merujuk kepada Kosmo 1.1.2009, Khamis halaman 50 dipetik sebagai beberapa negara Arab membatalkan majlis sambutan tahun baru 2009 sebagai tanda hormat terhadap masyarakat Palestin yang menjadi mangsa pengeboman tentera Israel.

Seminggu sebelum sambutan tahun baru pengarang pulang ke kampung.Bagi menghilangkan bosan, pengarang membuka setesen radio tempatan yang ketika itu sedang hangat membincangkan azam tahun baru.Maka bermacam-macamlah azam yang kedengaran. Ada yang berazam untuk menjadi suami/isteri yang baik dan bertanggungjawab,ada yang ingin mengumpul duit sebanyak mungkin bagi memenuhi hajat keperluan dan tidak kurang juga yang ingin melangsaikan hajat yang tertunggak pada tahun 2008.Semuanya cuba berazam untuk menjadi yang terbaik.Syabas dan tahniah. Cuma apa yang pengarang ingin tekankan di sini adalah sekitar beberapa persoalan yang pembaca perlu menganalisis dan menjawab sendiri antaranya : adakah azam tersebut menepati syariat Islam sebenar dan mampukah untuk dilaksanakan? Jika dua soalan ringkas ini jawabannya ya,teruskan.Semoga anda beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.

17 November 2008

Islam Sebagai AD Din

Islam agama yang diredai oleh Allah S.W.T. agama yang memimpin manusia ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat dan merupakan sebesar-besar nikmat Allah S.W.T. kepada umat manusia. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :
Terjemahan :
Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu ( Islam ) dan Aku telah mencukupi nikmat Ku kepadamu dan telah Aku redai Islam itu din ( agama ) kamu.
(Surah al-Maidah :3)
Ayat ini jelas menerangkan Allah telah menyempurnakan Islam sebagai Ad-Din untuk kepentingan dan faedah manusia, demi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Islam merupakan sebesar-besar nikmat yang dikurniakan Allah kepada hambanya-hambaNya dan tiada nikmat yang lebih besar daripada itu.Allah S.W.T juga menegaskan yang reda Islam untuk menjadi agama seluruh umat manusia. Ini bermakna Islam itu sempurna untuk dijadikan panduan hidup individu, keluarga,masyarakat dan negara.Islam itu adalah yang teratas dan menjadi rujukan bagi setiap perkara.Perundangan Islam itu adalah bersih lagi murni menentang syirik dan kekufuran.Ia sudah tentunya menjadi pegangan tertinggi.Islam itu adalah merupakan titik tolak untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Allah telah berfirman yang maksudnya :
Terjemahan :
"Sesungguhnya agama yang diredai di sisi Allah S.W.T. ialah Islam,tidak berselisih orang-orang yang diberikan kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka kerana kedengkian (antara mereka). Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisabnya.Kemudian jika mereka berbahas dengan kamu (tentang kebenaran Islam) maka katakanlah aku menyerah diri kepada Allah (demikian pula ) orang-orang yang mengikuti aku.Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi kitab dan kepada orang-orang yang ummi (yang tidak pandai membaca dan menulis) , apakah kamu mahu masuk Islam, jika mereka masuk Islam sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk dan jika berpaling maka kewajipan kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat) dan Allah maha melihat hamba-hambaNya".
(Surah Ali-Imran :19-20)
Artikel ini diambil pada buku Institusi pentadbiran Undang-undang & Kehakiman Islam karangan Mahmud Saedon A.Othman

Wahai Anakku Yang Tercinta

WAKTU ITU ADALAH KEHIDUPAN
Sebahagian daripada nasihat Rasulullah saw kepada umatnya ialah : "Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seseorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan tujuan hidupnya ( iaitu beribadah kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya ( pada Hari Kiamat nanti ) dan sesiapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka"
Marilah sama-sama untuk kita teliti akan kata-kata tersebut supaya kita lebih bersedia dan berawas pada hari-hari yang akan kita tempuhi kelak.
BAGAIMANA SEPATUTNYA KITA MENERIMA NASIHAT
Semua sudah sedia maklum bahawa memberi nasihat adalah satu perkara yang cukup mudah. Yang payah dan sukar itu adalah menerima dan melaksanakan nasihat tersebut. Ia seumpama : berusaha membina kejayaan cukup sukar berbanding menerima kegagalan.Menerima nasihat adalah pahit kerana dipengaruhi oleh runtunan hawa nafsu yang merosakkan. Nafsu sangat mencintai perkara-perkara yang dilarang .
ILMU ITU TIDAK BERMANFAAT MELAINKAN BILA DIAMALKAN
Seseorang itu dianggap sebagai muflis bilamana kosong ilmunya juga kosong amalnya. Justeru itu tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kemudian beramallah dengan ilmu tersebut.Ilmu disamping beramal akan bertambah.Bertambah dari segi kefahaman terhadap sesuatu cabang ilmu mahupun bertambah dari segi keberkatan Allah di dunia dan di akhirat.
Maksud Firman Allah Surah Al-Kahfi : 107-108 :
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh adalah Syurga "Jannatul Firdaus" itu sebagai tempat tinggal mereka.Mereka kekal di dalamnya dan mereka sudah tidak mahu lagi mencari tempat yang lain daripadanya sebagai gantinya".
Maksud Firman Allah Surah Al-Furqan : 70 :
" Kecuali ( tidak masuk Neraka ) orang yang bertaubat dan beriman serta beramal dengan amal yang soleh ".














Bersambungg..