1.1 Pendahuluan
Islam adalah agama yang praktis dan mengandungi segala yang baik dan berguna bagi manusia tanpa mengira masa, tempat atau peringkat perkembangan kebudayaan,social dan teknologi. Ia membimbing kita ke arah cara hidup yang sempurna dan bebas dari kelemahan agama-agama lain.
Islam merupakan cara hidup yang bebas sama sekali daripada kejahatan, korupsi dan ketidakadilan. Pada masa yang sama ia bersifat memperbaiki diri dan membela diri dari segala kemungkinan serangan kejahatan dan kemerosotan. Allah memerintahkan kita melakukan keadilan, bermurah hati dan baik tingkah laku kepada kenalan dan saudara dan melarang perbuatan sumbang, kejahatan, ketidakadilan dan penindasan.
Islam juga bertujuan membolehkan kita hidup dengan aman menurut peritah Ilahi . Dalam bermuamalah umpama jualbeli, Allah telah menentukan batas-batasnya, syarat, rukun dan seumpamanya. Semuanya adalah bertujuan untuk memelihara kepentingan kita. Setiap yang beriman diperintahkan agar menghormati, mentaati dan memelihara batas-batas tersebut supaya setiap dari kita, kepentingan dan harta terpelihara seterusnya hidup dalam keadaan aman dan tenteram.
Terdapat beberapa hikmah asas yang tidak boleh dilupa atau diabaikan apabila membincangkan perihal jual beli dalam Islam. Dibawah ini disenaraikan antara hikmah yang boleh kita perhatikan :-
1.1.1 Dapat memenuhi keperluan
Setiap manusia memerlukan barangan dalam kehidupannya. Manusia tidak mampu untuk mengeluarkan atau menghasilkan sendiri setiap barangan yang diimpikan. Oleh yang demikian, jual beli adalah merupakan cara untuk memenuhi keperluan dan hajat dalam kehidupan seharian manusia. Pertukaran tersebut tidak akan terjadi seandainya tidak ada unsur rela atau berlapang dada dalam setiap urusan jaual beli.
1.1.2 Proses Tolong Menolong
Jual beli tidak akan berlaku seandainya ada penjual tetapi tiada yang berhajat untuk membelinya atau dalam keadaan yang lain seseorang mempunyai wang dan amat memerlukan barang keperluan sedangkan tiada peroses pertukaran barangan. Jadi keperluan tersebut akan tertunai melalui cara berjual beli.
1.1.3 Cara Yang Betul
Bagi sikaya yang berusaha mengumpul hasil kekayaan dan keuntungan pada setiap masa dan ketika maka melalui pengurusan jual beli adalah satu cara yang sah dan terbaik bagi memenuhi hajat tersebut.
1.1.4 Memenuhi Sunnah Rosul
Rasulullah telah bersabda yang mafhumnya : " 9/10 daripada rezki itu adalah dari perniagaan dan 1/10 dari pengembalaan ". Sehubungan dengan itu, tindakan berjual salah satu cara untuk mendapatkan ganjaran pahala kebajikan kerana mengikut cara Rasulullah iaitu berniaga.
1.2 Penutup
Pendekatan islam lebih berdasarkan akal dan keadilan. Ia tidak menolak setiap yang baru atau secara terus menghukum sesuatu sebagai tidak sah tau tidak berguna. Ia mengkaji dan meneliti setiap sistem atau keadaan baru. Ia memilih apa yang baik dan bermanfaat untuk manusia dan menolak apa yang buruk, memudaratkan atau tidak berguna untuk manusia. Dalam jualbeli, jalan yang betul bagi kita ialah mengekalkan apa yang baik dan berguna dalam Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan