Sahabat Budiman, kita baru sahaja tamat menerima Ijazah Sarjanamuda Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia-Sidang ke 10.masih lagi terbayang di ruang mata, dengan berpakain jubah hitam melangkah gagah menaiki pentas menerima ijazah yang merupakan mercu tanda betapa segala penat lelah kita selama ini : pahit, manis telah berbayar sudah. Sebak rasa di dada mengenangkan semua itu, yang terpaksa dibayar oleh pengorbanan yang bukan sedikit.Tetapi semuanya itu kini telah berlalu pergi yang masih tinggal kini adalah ilmu untuk dimanfaatkan.......dimanakah kita kini? adakah kita masih leka dibuai mimpi dan angan-angan yang tidak ada titik nokhtahnya..turunlah di medan masyarakat menyebarkan ilmu sehabis dan sedaya mungkin.Sedang masyarakat begitu dahagakan ilmu. Perhatikanlah di surau, masjid dan kelas-kelas yang terpinggir yang semuanya menuntut kita menyinsing lengan menyebarkan ilmu......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan