11 September 2008

Ramadhan Oh Ramadhan

Tanpa disedari,sekarang kita sudah berada pada 11 Ramadhan 1429 H.Bahangnya mula terasa lapar,dahaga silih berganti.Cuacapun tidak menentu: sekejap panas dan sekejap hujan.Maksudnya perubahan tersebut sepatutnya menjadikan kita lebih merasai keadaan mereka yang benar-benar susah iaitu yang tidak mempunyai wang ringgit untuk dibelanjakan bagi kerperluan seharian.Dengan hal yang sedemikian sepatutnya kita lebih sedar tentang perihal diri kita: Allah bagi sihat tubuh badan, dengan rezki yang Allah bagi Alhamdulillah cukup daripada keperluan kita sehari-hari.Maka dalam hidup ini apa yang kita perlukan lagi? melainkan mengikut segala perintah Allah S.W.T. yang telah ditetapkan ke atas kita.

Tiada ulasan: