08 September 2008

Kesan Solat


Semua sudah sedia maklum bahawa solat mempunyai kedudukan yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T. Amalan tidak akan dinilai seandainya solat dikerjakan dengan keadaan tidak sempurna. Manakala amalan yang sempurna mampu mendidik ke arah insan yang cemerlang bukan sekadar di dunia malahan di akhirat yang kekal buat selama-lamanya. Walau bagai manapun tidak ramai yang sedar bahawa solat mempunyai kesan yang amat tinggi dan tidak ternilai harganya. Ianya hanya dirasai oleh sesiapa yang melakukannya dengan kadar yang baik sempurna dengan rukun dan syarat-syaratnya. Namun demikian terdapat beberapa permasalahan dalam merealisasikan kajian tersebut khususnya dari segi kerjasama yang diperolehi memandangkan kesalahfahaman beberapa orang pelajar, ibubapa dan sebahagian kecil guru-guru sendiri terhadap tujuan murni ini. Mereka menganggap bahawa kajian ini adalah untuk mencari kelemahan dan kekurangan bagi responden yang latar belakang yang tidak solat atau meringan-ringankan kefarduan solat itu. Ada yang menyatakan bahawa kesan tersebut adalah berbentuk individu dan tidak perlu diperbesarkan. Kesalahfahaman ini perlu diperbetulkan dan dijelaskan secara mendalam agar masyarakat lebih mengetahui hakikat sebenarnya.

Tiada ulasan: